Artis / Selebriti
” Kalau betul kau anak Awie, kau nyanyi satu lagu bapak kau.. ” – Nabil Ahmad
Video Nabil Ahmad Menyakat Anak Dato’ Awie, Putra Merrah Ketika Hadir Sebagai Tetamu MeleTOP Buat Ramai Terhibur. Sporting Betul Merrah Ni, Siap Belanja Menyanyi Lagu Papa Awie Lagi. Memang Sah Anak Awie, Sebijik Suara, Hehe !!
Rancangan hiburan MeleTOP episod minggu ini telah pun menjemput anak kepada Dato’ Awie iaitu Putra Ahmad Merrah sebagai tetamu. Turut sama bersama Merrah adalah Ben Amir dan MK K-Clique. Ini adalah penampilan kali pertama Merrah di rancangan ini.
Menerusi akaun Instagram MeleTOP, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Nabil menyakat Merrah ketika Merrah masuk ke set MeleTOP. Kata Nabil, jika betul Merrah adalah anak Awie, Merrah perlu menyanyi salah satu lagu popular Awie.
Merrah pula cukup sporting dan terus menyanyi sedikit lagu papanya itu. MK yang berdiri di sebelah Merrah pun bertepuk tangan mendengar suara Merrah. Anak muda yang banyak mewarisi bakat ayahnya. Bukan hanya suara, wajah pun saling tak tumpah seperti Awie ketika muda dahulu.

Ramai yang memuji kelunakan suara Merrah. Bak kata Nabil, memang sah Merrah anak Awie. Ini permulaan baru untuk Merrah mengembangkan lagi bakat nyanyian dan lakonannya dan tidak mustahil suatu hari nanti Merrah boleh berjaya seperti Awie.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Handsome betul anak abang Awie ni ye. Handsome dari papa awie ni hehe.. suara pun best.. ”
” Macam muka dato awie masa muda dulu… cerita dulu-dulu tu.. bapak dia versi mini travel pack haha.. ”
” Bujang dah Merrah.. ni anak dengan bekas wife no 2 dulu kan.. anak dia memang lawa dan handsome semuanya.. ”
” Haah ni anak dengan ex ke 2. Sebiji muka dato awie.. Muka dia macam awie masa muda.. senyum semua sama.. ”
” Hensem macam ayah, nama unik, sesuai dengan orangnya.. gaya rambut bapak dia sangat waktu muda-muda dulu.. ”
” Kenapa tak habiskan nyanyi tu, sedap suara dia. Jelmaan awie waktu muda dulu ni.. photostat exactly awie. boleh buat filem.. ”
” Tak sanggup lagi aku.. heyyyy betul lah betul betul betul sah.. sahh kau anak dato awie haha.. besau dah si merah ni, handsome sekarang.. ”
Semakin besar, semakin handsome anak teruna Awie ini. Semoga bakat yang dimiliki oleh Merrah ini akan dapat digilap supaya menjadi bintang dan pelapis pada masa akan datang. All the best untuk Merrah, jangan mempersiakan peluang dan bakat yang ada.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman



