Artis / Selebriti
” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
Video Ezwan Zain bercerita mengenai reaksi Erra Fazira apabila ada yang kata Erra bercakap kasar dengannya ketika mereka sedang live. Ini respon Ezwan sendiri..
Terbaru, menerusi tinjauan di akaun TikTok milik rossareeniofficial, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Erra membuat siaran langsung bersama Ezwan ketika mereka berada di Mekah. Menerusi live tersebut, pasangan ini kelihatan berbual santai dan mesra bersama para peminat, sekali gus memperlihatkan hubungan mereka yang harmoni dan penuh keserasian.
Antara topik perbualan pasangan ini ialah mengenai komen yang diterima yang mana segelintir pihak beranggapan Erra bercakap agak kasar terhadap Ezwan ketika sesi podcast KasiOnz apabila Erra terlepas menyebut perkataan ‘giler’ kepada suaminya.
Namun begitu, Ezwan menjelaskan bahawa dia langsung tidak mengambil hati kerana sudah terbiasa dengan gaya percakapan Erra yang bersahaja. Selain itu, Ezwan sempat berseloroh bahawa Erra menjadi panik apabila membaca semua komen tersebut. Erra semestinya rasa serba salah apabila diperkatakan begitu.

Tidak hanya itu, suasana live tersebut turut diserikan dengan gurauan apabila Erra mendedahkan bahawa kini Ezwan mengambil masa berjam-jam untuk membetulkan rambutnya. Perkara itu berlaku selepas ramai warganet sebelum ini menegur gaya rambut Ezwan, sekali gus membuatkan pendedahan tersebut mencuit hati para penonton.
Tonton video di bawah ini :
@rossareeniofficial Tunggu BA’SS honeymoon di Mekah pulak. #ezwanerra #mekah🕋❤️
♬ original sound – RossAreeniOfficial✨ – RossAreeniOfficial✨
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Salam perkahwinan kali ni paling sy suka.. Ok Era sama2 lawa la.. Moga Allah limpahkan rezki buat kamu berdua.. Alhamdulillah.. “
” Berseri ² muka pengantin baru.. Semoga kekal bahagia hingga ke hujung usia, muga dianugerah umrah yg mabrur Aamiin.. “
” Selamat menunaikan ibadah Umrah.. Semoga Allah meredhai EE Dunia Akhirat.. Selamat Pengantin Baru.. “
” Handsome dah abg Ezwan sejak kahwin ni.. Alhamdulillah syukur, selamat berbahagia korang berdua.. “
” Sweet nya pengantin baru semoga dapat Umrah yg makbul.. Semoga kekal hinggah ke jannah Erra sekeluarga.. “
” Suka tengok kedua mempelai ni , semoga till kejannah , succes selalu ya.. Dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah, mendapat umrah yang mabrur.. “
” Semoga Allah brkati kalian brdua dan smoga jodoh brpnjngan hingga ke Jannah. Aamin.. Selamat pengantin baru Erra dan Ezwan.. “
Perkongsian ini bukan sahaja menghiburkan, malah memperlihatkan sisi realistik kehidupan rumah tangga Erra dan Ezwan yang penuh dengan toleransi serta saling memahami. Kejujuran dan kesederhanaan mereka jelas membuatkan ramai peminat semakin senang dan mendoakan agar pasangan ini terus berbahagia hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok rossareeniofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

