Artis / Selebriti
” Kahwin akhirnya, lama nak tunggu dia kahwin. Alhamdulillah.. ” – Netizen
Video Dan Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Penyanyi Shahir Zawawi Dan Suri Hatinya, Jaskin Jaludin. Lawa Isteri Shahir, Sama Cantik Sama Padan. Tahniah Shahir !!
Sebentar tadi, telah berlangsungnya majlis akad nikah di antara bek4s juara Akademi Fantasia, Shahir Zawawi dan pasangannya Jaskin Jaludin. Memilih Royal Ballroom Bizmilla, One Ciry, Subang Jaya sebagai lokasi pernikahan mereka, Shahir dan Jaskin kelihatan berseri-seri dan cantik dalam busana serba putih.
Meninjau akaun Instagram Kosmo Online, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan Shahir bersama Jaskin sedang duduk di atas pelamin mereka. Menurut laporan portal Astro Awani, perkenalan pasangan ini bermula pada bulan Mei baru-baru ini dan hanya mengambil masa 4 bulan sahaja, Shahir mengambil keputusan untuk melamar Jaskin.
Wanita bertuah ini yang berasal dari Tawau, Sabah dan mereka mengikat tali pertunangan pada 16 Julai yang lalu di kediaman Jaskin di Tawau. Berita Shahir bakal mengakh1ri zaman bujangnya ini juga baru sahaja dikongsikan beberapa hari yang lalu.

Sama cantik sama padan, bagai pinang dibel4h dua Shahir dan isterinya ini. Benarlah kata orang, kalau sudah jodoh tak akan ke mana. Dengan hanya sekali lafaz, Shahir dan Jaskin sahlah bergelar suami dan isteri.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini telahpun meraih perhatian daripada peminat dan rata-ratanya mengucapkan tahniah dan selamat penganti baru. Antara komen-komen peminat :
” Embun pun takkan mampu, menyubur sekuntum bunga yang layu. Alhamdulillah congratulations Shahir.. “
” Kahwin akh1rnya. Lama nak tunggu dia kahwn, Alhamdulillah. Ingatkan Erra Fazira tadi.. “
Alhamdulillah, yang wajib telahpun sempurna dijalankan. Terlera1nya akad, maka Shahir sudah off market ye semua. Sepadan kedua-dua mempelai dan Shahir juga kelihatan gembira apabila isterinya sudah dihalalkan.

Tahniah daripada kami di Berita Kopak untuk Shahir dan Jaskin. Selamat pengantin baru dan semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan sampai ke jannah, berbahagia selalu dan aman damai sentiasa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kosmo Online, Shahir Zawawi , Portal Astro Awani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

