Artis / Selebriti
” Jual mahal eh abang Hayder. Kesian Rina bertepuk sebelah tangan, haha.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video gelagat Anak Maryam You Narae, Nik You Rina dan anak Eyra Hazali, Hayder Qhalish ketika photoshoot baju raya buat warganet terhibur. Alahai semangat Rina hulur bunga pada Hayder, macam tu je Hayder tolak. Komen Maryam pun kelakar, sabar Omma, haha..
Pelbagai cara dan teknik pemasaran digunakan oleh pengeluar baju raya untuk mempromosikan baju keluaran mereka. Semuanya cuba menghasilkan idea yang kreatif dan memilih duta-duta mereka sendiri yang dirasakan mampu menarik minat pembeli dan salah satu pengeluar yang dikenali ramai adalah Hijabista.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hijabista.hub, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika sesi photoshoot yang melibatkan model cilik yang telah dipilih iaitu anak Maryam You Narae, Nik You Rina dan anak Eyra Hazali, Hayder Qhalish.
Kedua-dua mereka digandingkan buat pertama kalinya sebagai model baju Melayu dan baju kurung. Rina seperti biasa peramah dan tidak lokek dengan senyuman. Hayder pula kelihatan sedikit gemuruh kerana mungkin tidak biasa dan tidak mengenali Rina.

Telatah mereka berdua sepanjang photoshoot itu juga mencuit hati warganet. Rina menghulurkan sekuntum bunga kepada Hayder, namun sayangnya Hayder langsung tidak memberikan tindak balas. Tersenyum semua melihat telatah model comel kesayangan ramai ini.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Comelnya budak berdua ni.. Rina, abang Hayder tak main bunga.. cuba bagi lori lepas ni haha.. “
” Garangnya Hayder bin tak payah ni.. haha..sian rina tu Hayder.. geram tau tengok dua ketul ni.. “
” Hayder lawak lah Hayder ni.. Amik jelah bunga rina bagi tu.. Rugi tahu reject Hayder.. Rina ada mix korea tau.. “
” Sabar ye rina.. cuba lagi ye.. abang hayder handsome sangat.. ya ampun comelnya dua-dua ni.. “
” Nak lagi video diorang ni please.. Mama pesan jangan ambil apa-apa daripada orang tak kenal – hayder haha.. “
” Mama pesan kalau perempuan bagi bunga jangan ambik HAHA.. jgn di reject rina tu mix korean tau susah dpt keluaran tu hayder hehe.. “
” Hayderr shy shy cat.. lain kali rina kene bagi toy truck la … Juai mahai eh abg Haider.. sian Rina bertepuk sebelah tangan.. apapun dua2 cute dan comel sangat sangat.. “
” Nanti abg haider dah besar baru dia thu rina ni siapa.. awek korean tau.. rugi reject skrg hahaha.. cinta ditolak mentah mentah ni orang panggil.. “
Komen Maryam pada posting tersebut yang membuatkan warganet terhibur :

Comel sangat Rina dan Hayder ini. Hayder punya reaksi sebegitu mencuit hati. Kesian Rina hulurkan bunga, boleh pula Hayder hanya menggeleng-gelengkan kepalanya, hehe. Apabila Rina dan Hayder besar nanti dan menonton kembali video ini tentu masing-masing pun akan tertawa. Kenangan yang mahal buat Rina dan Hayder.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hijabista.hub
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti19 hours ago Artis / Selebriti19 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
