Artis / Selebriti
” Jawapan Ayden tu buatkan kita pula terharu.. ” – Komen Netizen
Video Anak Bella Astillah, Ayden Adrean menjawab soalan netizen apakah yang memberinya motivasi menghabiskan acara renang buat ramai yang terharu. Mesti YB Syed Saddiq pun tersentuh dengar apa yang diluahkan oleh Ayden ni..
Baru-baru ini tular video yang memaparkan anak sulung kepada pelakon Bella Astillah iaitu Ayden Adrean yang berusia 8 tahun telah menyertai Langkawi Swim Fest di Tanjung Rhu. Dalam pertandingan itu, Ayden perlu menamatkan acara renang sejauh 400 meter.
Kejayaan Ayden menamatkan renangan tersebut membuatkan bukan sahaja Bella, malah warganet yang menonton video Ayden berenang turut bangga dengan pencapaian si cilik ini. Ramai yang memberikan ucapan tahniah kepada Ayden atas pencapaian luar biasanya itu.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik hezzy_khairie, telah dikongsikan video satu sesi live adik Bella Astillah iaitu Didi Astillah bersama Ayden. Ada di kalangan netizen yang bertanya, apakah yang memberikan motivasi untuk Ayden.

Dengan pantas, Ayden memberitahu YB Syed Saddiq adalah sumber motivasi kepadanya untuk menamatkan renangan 400 meter. Kata Ayden, sebelum itu dia telah melihat YB Syed Saddiq dalam acara renang sejauh 4 kilometer. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.
Tonton video di bawah ini :
@hezzy_khairie Replying to @nur YBSS mmg role model utk Ayden. Ayden dah jawab 😁 apa yg motivate dia utk race smlm. @Syed Saddiq @Bella Astillah @Didi Angel Astillah #syedsaddiq #bellaastillah #Bass #BASS #teambass #teamsaddiq #fyp #fypage
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Jawapan Ayden tu buatkan kita pula terharu.. Ayden dikelilingi org yg hebat. Mama, Papa SS, Atok Su Jack and the whole battalion of his Mama’s family. Great Job Everyone.. “
” Kadang aku sampai lupa siapa bapak Ayden.. Tak pe lh bapak pertama ujian… Bapak kedua kebahagiaan. Contohi bapak kedua Ayden.. “
” Dia mengidolakan org lain selain bapak dia sndri… Positive anak ini.. Vibe positive mommy nya… Membesar dgn baik Ayden.. “
” Dia pilih sukan apa yg SS join. Nmpk dia very admire SS. figure seorg ayah slh satu membtk anak2 dlm pembesarkn mrke.. Hope vid ni jadi motivasi utk ayh2 diluar cna utk jadi ayh yh terbaik utk perjlanan anak2 anda.. “
” Bila tgk byk kali, rasa cam tgk aktiviti sukaneka family day plak.. Bila bertemu org yg tepat, smua boleh jd awesome.. ironman, ironlady, ironkid.. Iron family.. Tunggu Ara plak.. “
” Suka tengok larian ayden yg slomo tu. Segak sangat. Well done Ayden. It looks like we will be seeing you again next year.. “
” Solid proof that a father figure is important when children are growing up. “ congrates bella , mogaa Yb boleh jaga mereka sebaiknya .. Weyy sebaknyaaa.. “
Tahniah diucapkan untuk Ayden kerana berjaya menghabiskan acara renang itu. Dalam pada itu, ada yang turut memuji cara didikan Bella Astillah dalam membesarkan anak-anak untuk menjadi seorang insan hebat sejak kecil. Semoga Ayden terus membesar menjadi anak yang baik, tinggi adab dan ilmu.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok hezzy_khairie, IG bellaastillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

