Artis / Selebriti
” Jarang puji Uwais tapi kali ni syahdu betul dia main piano. Dinamik, emosi sampai.. ” – Komen Netizen
Shuib Sepahtu kongsi video Thalita menyanyi lagu Mencintaimu sambil diiringi petikan piano oleh abangnya, Uwais Al-Qarni. Hebat Uwais main piano, suara Thalita juga semakin merdu dan gemersik. Touching dengar, menusuk ke hati..
Anak-anak Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah Raissuddin mula menunjukkan bakat seni mereka. Anak sulung, Uwais Al-Qarni tidak hanya berbakat dalam nyanyian tetapi juga hebat bermain alat muzik antaranya piano dan gitar. Thalita pula semakin hari suaranya kedengaran semakin sama dengan suara Siti Sarah.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Thalita dan Uwais di rumah. Ini bukan kali pertama Shuib memuatnaik video gandingan Thalita dan Uwais bersama. Setiap kali dikongsikan, pastinya warganet akan memuji kedua adik beradik ini.
Kali ini, Thalita mendendangkan lagu dendangan asal Krisdayanti berjudul Mencintaimu. Nyanyian Thalita yang penuh dengan penghayatan itu menyentuh hati warganet. Uwais pula semakin hebat bermain piano dan petikan pianonya itu ada ‘sesuatu’ yang mampu membuatkan hati pendengar tersentuh.

Ramai yang memuji kehebatan Uwais bermain piano. Komen warganet, anak-anak Shuib dan Siti Sarah ini mewarisi bakat seni daripada kedua ibu bapa mereka. Suara yang merdu ditambah pula dengan alunan piano yang mengasyikkan, Thalita dan Uwais dikatakan sebagai gandingan yang mantap oleh warganet.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sedap abang nye main piano … dia bole jadi musician terkenal .. dia ada “RASA” … tak smua org ada.. sedap gila so talented.. “
” Jarang puji uwais.. tapi kalini syahdu betul dia main piano.. dinamik, emosi sampai.. Semoga ada rezeki diorang berdua boleh sma2 satu pentas besar nti. Teringin nk tgk Uwais main piano cmni ngan tata nyanyi.. “
” Dalam menyanyi, talita still lagi pantau ayyash. Kakak2 sangat , semoge sentiase berjaye dunia akhirat talita & semua.. “
” Ya Allah lagu favvvv niiii.. best lahhhh vocal thalita + uwais main piano.. Rasa tu sampai.. sedih wehhh.. anak shuib dan sarah semua ada bakat seni.. “
” Ini kalau buat show together dkt abph ni sedap ni. keturunan darah seni betul la.. Both…. love Semoga jadi insan soleh solehah.. Bahagia berjaya dunia akhirat hingga ke Syurga sampai jumpa ibu dan daddy ye nak.. Aamiin… Alfatihah dan Istighfar buat arwah ibu.. “
” MasyaAllah..hebat anak² shuib… Suma warisi darah seni ibu ngn ddy dorg… alhamdulillah.. perfect match adik dan abang ni.. “
” Uwais start je terus rasa sebak. Bestnya. Bakat turun temurun. tambah dengan suara thalita, aaa sedihnya.. dua-dua mantap.. saling melengkapi suara thalita dan petikan piano uwais tu.. “
Gandingan yang sangat sempurna antara Thalita dan Uwais. Pasti meletop seandainya dua beradik ini dapat membuat persembahan bersama-sama di atas pentas di hadapan khalayak ramai. Apa-apa pun, semoga Thalita dan Uwais terus menggilap bakat seni yang ada dan menjadi kebanggaan keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

