Artis / Selebriti
” Jarang dengar persembahan atas pentas bawa lagu gini wei. Idea Zero ni kreatif dan bergeliga.. ” – Netizen
Video Persembahan Sharif Dan Syaiful Zero Di Famili Duo Buat Ramai Terhibur. Part Zamani Dan Ar Badul Tu Lawak. Abdul Wahub Dan Abdul Wahab Pun Ada. Berdekah Weh !!
Famili Duo musim ketiga semakin sengit dengan persembahan terbaik daripada semua peserta. Antara yang sering menjadi perhatian penonton setia siri ini adalah Sharif dan Syaiful Zero. Saban minggu persembahan dan vokal mereka semakin mantap dan ada pembaharuan.
Meninjau akaun Tiktok Oh Bulan, telah dikongsikan video ketika Sharif dan Syaiful membuat persembahan. Untuk minggu keenam, semua peserta mendapat tugasan menyanyikan lagu mengikut tema Retro / 60an 70an. Sharif dan Syaiful membawakan konsep kenduri kahwin untuk persembahan kali ini.
Lagu Direnjis-renjis dendangan asal R. Ramli dan Bunyi Gitar nyanyian asal Tan Sri P Ramlee. Kelainan dan terasa aura retronya apabila adik beradik ini membawa geng geng 60s dan 70s naik atas stage. Dari rentak perlahab menjadi rentak rock, lagu Direnjis-Renjis dibawakan dengan cukup baik.

Persembahan Sharif dan Syaiful semakin meriah apabila masuk lagu Bunyi Gitar. Semua berjoget twist termasuk hosnya Izzue Islam dan Janna Nick. Apabila pelawak masuk pertandingan nyanyian, element lucu dan jenaka pasti akan diselitkan dan ianya memang menjadi. Gempak lah adik beradik Zero ini.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@ohbulanofficial “AWAK BERIKAN HIBURAN MALAM NI” – Mami Mas Idayu. MEMANG PADUUUUUU Sharif Zero dan Syaiful Zero. Zamani jadi highlights ✨ #ohbulan #sembangentertainment #familiduo #berduolebihbaik #sharifzero #syaifulzero
@ohbulanofficial Memang betul-betul FENOMENA Sharif Zero dan Syaiful Zero malam ni. PERFECT 10 jugak guys! PADUUUU 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻 #ohbulan #sembangentertainment #familiduo #berduolebihbaik #sharifzero #syaifulzero
Hampir 50 ribu tanda suka telah pun dicatatkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dengan aku aku sekali cuak masa komen juri .. kalau aku kt situ dah berjurai air mata .. buat suspen je juri tadi.. upenye juri belakon je.. hahahaha.. aduiiii.. ”
” Akak tak pernah tengok.. tapi malam ni tengok semata2 untok group ni jek.. tahniah menang lg mlm ni.. ”
” si Saiful ni suka buat hal, tp best.. buang tebiat dia nie. dorang ni ade jer idea dorang setiap mgu lain dr lain.. ”
” Adoiii lawak la yg hujung2 tu.. weyyy luar dri kotak lagu dia.. hahaha.. Sentiasa ada je idea dorg ni mmg mantap.. ”
” Memang best dorang ni haha, kelakar. terbaik Zero, menghiburkan. time zamani muncul aku mula2 melopong .. Lps tu berdekah ketawa.. ”
” Jarang dgar persmbnhan atas pntas bwa lagu gini weiii.. zero ni kreatif.. memg best…. law trio comfemm gempakkk.. ”
” Idea kreatif dan bergeliga, sangat menghiburkan. Baru betul family duo tak berhenti aku duk gelak je haha.. ”

Memang hebat dan terbaik persembahan adik beradik ni, satu dewan terhibur dan turut berjoget sama. Ini baru dikatakan penghibur, bukan hanya sekadar menyanyi tetapi memberi hiburan kepada penonton. Semoga Sharif dan Syaiful terus success dan beroleh kemenangan di peringkat akhir nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Oh Bulan, IG Tv3malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

