Artis / Selebriti
” Jangan senyum sangat, kau kena ingat aku pernah nangis sebab kau.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Penampilan Terkini Pelakon Bajrangi Bhaijaan, Harshaali Malhotra Atau Munni Buat Ramai Terpegun. Alahai Makin Cantik Lah Munni, Senyuman Tu Bikin Ramai Cair Lah. Ramai Pulak Yang Throwback Kenangan Menangis Tengok Munni !!
Filem Bajrangi Bhaijaan ditayangkan kepada umum pada tahun 2015 dan kini 8 tahun telah pun berlalu, namun filem ini masih mengundang air mata ramai setiap kali menonton filem ini. Gandingan aktor Salman Khan dan si kecil Harshaali Malhotra yang memegang watak sebagai Munni membuatkan penonton teresak-esak menangis.
Kecomelan wajah Harshaali juga membuatkan ramai yang terpesona. Meninjau akaun Tiktok Viralstars8, telah dikongsikan satu video terbaru Munni yang telah pun meningkat remaja. Jika sewaktu kecilnya dahulu Harshaali kelihatan begitu comel, Harshaali sekarang membesar sebagai anak gadis yang cantik dan manis.
Senyumannya masih sama seperti dahulu, dengan rambut yang panjang menambahkan lagi kejelitaan anak muda ini. Warganet juga teruja melihat wajah Harshaali sekarang dan memuji penampilannya . Masih ramai yang terbayang-bayang lakonan Harshaali yang men1nggalkan kesan di hati.

Untuk rekod, filem ini mendapat kutipan box office dan telah pun memenangi banyak anugerah. Percaturan Salman untuk memilih Harshaali bagi watak Munni tidak salah dan sehingga sekarang, Bajrangi Bhaijaan antara filem yang masih disukai ramai.
Jom tonton video di bawah :
@viralstars8 remember Munni 😳😍🤩#harshalimalhotra #keepsupporting #viralcouple #keeploving
Lebih 800 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini dan antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Kenapa comel sangat Munni.. Saya laki pun nang2s tengok cerita Bajrangi Bhaijaan tu.. Eh jap, sekarnag dia masih tak bercakap ke hehe.. ”
” Jangan senyum sangat, kay kena ingat aku pernah nang1s sebab kau.. cerita ni memang best, tak jemu tengok. Memang cantik la Munni sekarang.. ”
” Oii munni Dah boleh bercakap ke belum ni… Abg pernah nang1s sebab cuter kau dik oiii.. 30x tengok 30x nang1s.. ”
” Sebab adik niii laaa.. aku lari masuk tandas nang1s sepuas² hati… sbb nk nang1s depan fmly malu.. lawa betul dia sekarang kan.. maniss.. ”
” Jangan suka-suka sangat.. sebab kau aku kena tengok movie senyap-senyap. Tak berubah muka dia dari kecil sampai dah besar tetap comel.. ”
” Dulu budak ni kecik je, lame dah tak nampak, bile sekali tengok dah besar dah Munni nii..memang rindu la cerita bile tgk muka budak turkishtan.. ”
” Besar panjang dah Munni.. 10 kali tengok Bajrangi Bhaijaan, 10 kali juga nang1s banj1r airmata huhu.. Kecil kecil comel dah besar cantik.. ”

Harshaali pernah membuatkan ramai yang mengalir air mata. Pastinya peminat filem ini masih terbayang-bayang lakonan Harshaali. Bukan setakat perempuan, lelaki pun ramai yang menang1s menonton filer itu. Apa-apa pun, semoga Harshaali success selalu dalam kehidupannya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok viralstars8, IG Harshaali Malhotra
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									
