Artis / Selebriti
” Jahit guna tangan tapi kemasnya macam jahit guna mesin.. ” – Netizen
Video Kesungguhan Maryam You Narae Sedang Menjahit Menyiapkan Pakaian Bayinya Cur1 Perhatian Ramai. Woww, Kemas Dan Cantik Hasilnya !!
Sedia umum tahu bahawa instafam0us, Maryam You Narae kini sedang hamil anak pertamanya. Malah sebelum ini, Maryam dan suaminya, Ryzal Ibrahim turut berkongsi berita gembira tersebut kepada peminat-peminat mereka di akaun Instagram pada bulan April lalu.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Durian Kimchi telah berkongsi satu video yang memaparkan Maryam sedang menjahit menyiapkan sarung tangan anaknya. Dalam video itu juga, Ryzal berkongsi cerita bahawa Maryam belum tidur kerana masih menyiapkan pakaian buat bayi mereka walaupun jam ketika itu sudah 4 pagi.
Perkongsian video itu telah mendapat perhatian ramai peminat. Manakan tidak, Maryam menjahit topi dan sarung tangan tersebut hanya menggunakan jahitan tangan sahaja. Ada yang menyatakan bahawa jahitan tangan Maryam sangat kemas dan kelihatan seperti jahitan mesin.

Hingga kini, video Maryam itu telah ditonton lebih 346 ribu dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke Instagram. Jelas kelihatan kesungguhan dan kegigihan Maryam dalam menyiapkan pakaian buat anaknya, memang rajin betul Maryam.
Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang kagum melihat hasil kerja Maryam dalam video tersebut. Antara komen-komen netizen adalah :
” Jarang ada ibu2 skrg menjahit mcm maryam buat 2 untuk anaknya. Hanya org2 dulu2 malaysia ada buat mcm Maryam buat tu, hebat lah Maryam.. “
” Jahit guna tangan tapi kemasnya macam jahit guna mesin. Rajinnya omma Maryam ni. Ya Allah permudahkan urusan Maryam bersalin nanti.. “
” Sifat ibu yg terpuji, sanggup buat yg terbaik utk anaknya. Cantik tengok hasil kerja Maryam tu. Maryam jaga kesihatan ya.. “
” Terbaik lah Maryam. Comel lah tengok. Teliti betul Marya jahit. Untung baby dapat ibu serajin Maryam.. “
” Hebat lah, kalau saya memang beli je. Tapi ni adalah satu memori yang terindah untuk anak kita nanti, macam hadiah istimewa lah sambut baby lahir nnti.. “
” Serius sungguh tu tengah menjahit. Pandainya Maryam menjahit. Memang betul cakap Ryzal, bertuah baby, mommy jahit macam2 untuk baby.. “
” Hebatnya Mariam akak 6 anak pun tak pandai menjahit tahniahhh. Tak sabar nak tengok duriankimchi junior nanti.. “

Menerusi Instagram juga, Maryam menyatakan bahawa hasil jahitan tersebut adalah hadiah teristimewa buat anak sulung mereka. Apa-apa pun, semoga Maryam dan kandungannya sentiasa sihat dan segala urusan Maryam untuk bersalin nanti akan dipermudahkan.

Silakan SHARE…
Sumber : IG Duriankimchi, Ryzal Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

