Artis / Selebriti
” Itulah drama orang pregnant ni, yang bukan-bukan je.. ” – Intan Najuwa
 
																								
												
												
											Intan Najuwa Kongsi Kisah Mengidam Ketika Lewat Malam Raih Perhatian Ramai. Alahai, Dah Mengidam Nak Makan Satu Hal Tapi Ada Permintaan Lain Pula Rupanya, Haha !!
Umum mengetahui yang pelakon, Intan Najuwa kini sedang mengandung cahaya mata sulung. Menerusi akaun Tiktok Ohmymedia, satu perkongsian video yang memaparkan Intan Najuwa berkongsi kisah mengidamnya telah meraih perhatian ramai.
Menurut Intan, dia telah mengidam ingin memakan roti canai pada lewat tengah malam. Bukan itu sahaja, Intan ingin melihat sendiri roti canai tersebut ditebar di hadapannya. Intan bernasib baik kerana ada kedai yang dibuka dan permintaanya ditunaikan.
Selain itu, Intan turut berkongsi mengenai berat badannya yang semakin naik ditambah lagi dengan selera makannya yang semakin menjadi-jadi. Malah kebanyakan bajunya sudah tidak muat kerana sebelum mengandung Intan gemar membeli baju yang bersaiz kecil.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Intan bercerita kisah mengidamnya sambil bersolek. Nampak berseri-seri wajah Intan sejak berbadan dua. Inilah yang dikatakan seri ibu mengandung.
Jom tonton video di bawah :
@ohmymedia.cc Drama ibu2 mengandung biasa gitu hahaha. Takpe nanti ingat balik mesti rasa kelakar😂 #ohmymedia #ommbest #selebriti #intannajuwa #mengidam
Di ruangan komen, ramai yang berkongsi pengalaman mengidam ketika mengandung. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Biasa lah klu dah preg.memang gitu.boleh je tunggu dan tengok aney tebar roti canei.jangan risau pertambahan berat badan.. “
” Dulu saya mengidam nak sikit mi goreng orang meja sebelah. Berjurai2 air mata sbb teringin sagat. Nasib baik lah orang tu faham dia bagi sikit.. “
” Sy mengidam nk minum kopi o pns je…bila dpt,nikmat betul.. biasalah orang mengandung mmg banyak kerenah.. semoga baby sihat.. “
” Kelantan terengganu kalau kau mengidam pukul 3 pagi nak makan roti canai kedai dah tutup…makan la kau gandum dalam rumah.. “
” Dia punya mekap, sama panjang dengan ceritanya.. mesti minimum dalam 2 jam mekap ni.. Aku dulu ngidam nk mkn salji pas tu suka bau Sabun..sabun tu hari2 sy buka sebiji untuk bau dn jilat sedikit.. “
” Dulu masa mengandung anak sulong mengidam nak makan asam pedas Ikan baung…suami balik bawak asam pedas ikan kembung.. “
” Kekadang bukan baby nya ngidam pun..mak nya yang over…. kesian baby tu xtau pape lagi dah disabitkan.. nasib baik aku xngidam bukan2 .. “
Bermacam-macam rupanya pengalaman ibu mengandung apabila mengidam. Asalkan tidak yang pelik-pelik bolehlah ditunaikan. Semoga segala urusan dipermudahkan buat Intan Najuwa sepanjang melalui tempoh kehamilan dan semoga sihat selalu. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Oh My Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															
