Artis / Selebriti
” Itu frame apa besar kat dinding ? Sukanya Yusuf dan Alisa.. ” – Netizen
Hanis Zalikha Muatnaik Gambar Yusuf Iskandar Dan Alisa Aisyah Bersama Ibu Dan Bapa Saudaranya Namun Hiasan Ruang Tamu Mereka Raih Perhatian Ramai. Wah, Dia Punya Frame Gambar Bukan Kaleng-Kaleng !!
Rumah pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sememangnya sering menjadi perhatian di media sosial. Tidak kira video atau gambar yang dikongsikan pasti meraih perhatian ramai jika ia menampakkan sudut dalaman rumah pasangan ini.
Menerusi entri terbaru yang dikongsikan oleh Hanis di akaun Instagram miliknya, ia turut meraih perhatian pengikut Instagram Hanis walaupun tujuan gambar tersebut dikongsikan bukan untuk menunjukkan hiasan dalaman rumah mereka.
Sebaliknya, gambar tersebut menunjukkan gelagat kedua anaknya bersama ibu saudara dan bapa saudara mereka. Gelagat Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yang begitu gembira di dalam pel0kan pakcik dan makcik mereka dilihat begitu comel sekali.

Namun yang menarik perhatian di ruangan komen posting ini ialah kabinet dan frame gambar di belakang mereka. Frame tersebut merupakan sebuah smart TV yang boleh diubah menjadi frame gambar. Wah, bukan kaleng-kaleng.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian ini sehingga kini telah mendapat sebanyak 161 komen yang kebanyakannya memuji hiasan dalaman rumah pasangan ini dan gelagat comel Yusuf dan Alisa. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Skrg ni dok sk0deng rumah & segala benda perabut umah keknis. Str3ss sbb keknis share sikit2 jer. happy betul tengk family korang ni.. “
” Your cabinet sooo cantik. Mind sharing beli kt mana? Alisaaa So happy fr you because you got aunt and uncle yg super supportive .. “
” Alisa sorg pandang camera, sukenye dia. Si kecik tu bukan main, in character jugak . Itu frame apa besau kat dinding? Lukisan belakang tu cantik la pula.. “
” Eiii Alisa tu pejam2 mata macam tu pulak, G1git nak? Kak anis biasa letak2 gambar frame kat situ . Si kecik tu tak buat main ke .. “
” Eeee si kcik tu muka dia… ssuatu sgt. Dah lama nk tnya, furniture bawah tv ni beli dekat mana ya? Dan ada satu lagi yg bawah tv jugak color hijau. Boleh tahu custom made kt mana?? “
” Cantik lukisan tu. Okay, dah nampak tv tu. Comel sungguh budak alisa ni. Cantiknya deco rumah keknis. House tour please, Inspire sangat. Keknis sumber ilhamku deco rumah.. “
” Tv bru nmpk sis.. Samsung kn. Cantik pulak color dinding kat blkg tu. Sukanya Yusuf n Alisa so sweetlah. Kids really love when group hugging like this.. “
Wah, mesti seronok kalau dapat melihat segenap hiasan dalaman rumah Hanis dan Hairul. Untuk pengetahuan, rumah pasangan ini merupakan idea dan inspirasi daripada Hanis sendiri. Sangat beruntung Hairul mempunyai isteri yang pandai menyusun atur hiasan dalaman rumah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hanis Zalikha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen


