Artis / Selebriti
” Isteri saya ambil masa hampir 6 tahun untuk siapkan hadiah hari jadi ibu.. ” – Dato’ Fazley Yaakob
Dato’ Fazley Kongsi Video Kejotan Sempena Hari Lahir Ibu Tercinta Dengan Pemberian Hadiah Yang Sangat Istimewa Daripada Isterinya, Datin Azrene Ahmad. Woww.. Cantiknya !!
Hari ini, merupakan hari lahir ibu kepada penyanyi dan chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob iaitu Datin Umi Kalsom Abdol Latib ke 64 tahun. Untuk pengetahuan, Dato’ Fazley yang dahulunya telah memceburi bidang nyanyian sejak tahun 1995 diusia 17 tahun lagi. Lagu beliau yang paling popular adalah lagu ciptaan komposer Ajai yang berjudul Asmara Ini pada tahun 2001.
Abang ipar kepada pelakon Mawar Rashid ini sangat meminati bidang masakan malah telah mengambil keputusan untuk menyambung pengajian dalam bidang kulinari dan akhirnya telah berjaya membuka restoran bernama SukaSucre Bistro di Kuala Lumpur yang menyajikan makanan Asian-Fusion bertemakan “From Rembau to Paris”.
Kelihatan Dato’ Fazley seorang yang begitu menyanyangi dan mengutamakan keluarganya. Hal ini dapat dilihat menerusi perkongsian di laman media sosial yang sering berkongsi mengenai kehidupan keluarganya. Untuk rekod, Dato’ Fazley telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Azrene Ahmad dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Dato’ Fazley telah berkongsi ucapan selamat hari lahir kepada ibunya, Datin Umi Kalsom. Malah menerusi posting itu, Dato’ Fazley turut berkongsi video kejotan buat ibu tersayang dengan pemberian hadiah yang sangat istimewa daripada isterinya, Datin Azrene Ahmad.
Ikuti perkongsian video tersebut di bawah :
https://www.instagram.com/p/B-5tjcngDfV/
Rata-rata netizen turut memberi ucapan selamat hari lahir buat ibu Dato’ Fazley. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Cantiknya hadiah dari menantu tu.. “
” Selamat menyambut hari lahir Datin @rsd.umi.moga diberi kesihatan yg baik berpanjangan. Bahgia bersama ank2 tersayang.. “
” Cantiknyaaa.. Sanah helwah bt ibu Datuk Fazley.. ”
” So sweet slmat hari jd buat ibu abg Fazley.. “
” So sweet.. Manjaga syurga yang satu dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang.. Moga Allah merahmati kalian sekeluarga.. “
” Wah pandai betul isteri Dato buat, cantik.. “
” Hadiah daripada soerang menatu buat mertua tersayang.. “

Bahagianya melihat keluarga ini. Dato’ Fazley memang anak yang sangat baik, malah Datin Azrene juga dilihat sangat mesra dengan ibu mertuanya. Cantik betul hasil tangan Datin Azrene hadiah buat mertua tersayang. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga keluarga ini sentiasa bahagia kekal hingga ke syurga. Aamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Dato’ Fazley Yaakob by Berita Kopak
Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen


