Artis / Selebriti
” Ish sedap suara mama Bella. Kalau dia nyanyi lagi panjang best tu.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Suara Ibu Bella Astillah, Siti Zarina Astillah Ketika Menyanyi Lagu Ella, Kesal Raih Pujian Warganet. Wah Sedapnya Suara Mak Bella, Serak-Serak Basah. Patut Lah Suara Bella Pun Sedap Juga. Comel Je Ibu Bella Malu-Malu Nak Menyanyi Masa Mula-Mula Tu !!
Meninjau di akaun Instagram milik stesen radio Era telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan penyanyi dan pelakon Bella Astillah serta ibunya, Puan Zarina Astillah memenuhi jemputan ke konti sempena dengan Hari Ibu yang akan diraikan pada 12 Mei nanti.
Menerusi video pertama, Bella dan ibunya bermain kuiz serta beberapa soalan telah ditanya oleh penyampai radio, Nabil. Antara soalan yang ditanya adalah saiz kasut ibu Bella dan Bella serta lagu kegemaran mereka berdua. Bella memberitahu lagu kesukaan ibunya adalah bertajuk ‘ Kesal’ nyanyian asal oleh penyanyi Ella.
Nabil meminta agar Puan Zarina menyanyi lagu kesukaannya itu secara live. Meskipun pada awalnya Puan Zarina agak malu-malu untuk menyanyi, namun setelah diminta beberapa kali, Puan Zarina menyanyi sedikit lagu kesukaannya itu.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet dan ramai yang mengatakan suara ibu Bella sedap dengar. Sementara itu, video kedua pula memaparkan Puan Zarina sempat berkongsi cerita tentang sikap Bella yang dikatakan pandai berdikari sejak kecil lagi.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka memuji suara Puan Zarina. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ish sedap suara mama Bella. Kalau dia nyanyi lagi panjang best tu.. Ohh Didi ikut suara mama nya. Suara Ella.. “
” Sedap suara mama.. Malu2 pula nak nyanyi kan.. Hehe.. Bella nampak penat.. Tapi penat pun cantikkkkkk sangat.. “
” Wanita independent mmg byk disakiti.. Moga terus kuat dan sabar dalam menghadapi dugaan. Allah bagi kita kuat sebab kita boleh.. “
” Terus buka youtube dengar ost diari ramadhan Rafique rupanya Bella yang nyanyi patutla cute je suara dia.. Comel suara.. “
” Dari kecik dah bekerja. Lepas kahwin slow down jadi isteri, besarkan anak, jadi tulang belakang suami, sekarang Allah dah bagi peluang dan ruang serta rezeki utk Bella . Take care.. “
” Sedap suara mama Bella, dah mcm suara Ella.. Alaa nyanyi skit je. .Pls nyanyi panjang lah lag, hehe.. Bella maintain cantik.. “
” Sebab sis Bella ni anak sulung.. Kekuatan dia sejak azali demi adik2 dan orang sekeliling, hug.. Suka tgk Bella ni, cute cantik manis.. Semualah. Semoga Bella sentiasa diberkati dgn rezeki yg melimpah.. “
Sedap sungguh suara ibu Bella nyanyi, serak-serak basah suaranya. Ada peminat mengatakan tidak puas mendengar suara ibu Bella menyanyi kerana terlalu sedikit. Semoga selepas ini boleh kita mendengar nyanyian yang lebih panjang lagi oleh ibu Bella.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti2 days ago Artis / Selebriti2 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 



 
																	
																															
