Viral
” Inilah senyuman terakhir arwah Fatin Nasrien sebelum bas bergerak. Kami rindu awak, Long.. ” – Saudara Fatin
 
																								
												
												
											Perkongsian gambar terakhir sebelum bas bergerak oleh salah seorang saudara mangsa nahas bas UPSI, arwah Fatin Nasrien undang sebak warganet. Tak sangka itu adalah kenangan terakhir bersama arwah, sebaknya..
Hingga ke hari ini, kisah tragedi 15 penuntut yang terlibat dalam nahas bas yang disewa khas dari Jertih untuk pulang ke kampus utama Universiti Pendidikan Sultan Idris, di Tanjung Malim, Perak membuatkan ramai yang sebak dan pilu.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok mamaqnd yang dimiliki oleh salah seorang saudara arwah Fatin Nasrien, telah dikongsikan video yang disunting memaparkan beberapa gambar kenangan bersama arwah sebelum bas bergerak ke Perak.
Di ruang kapsyen, saudara Fatin ada berkongsi cerita ketika hari raya baru-baru ini di Kelantan bersama arwah. Tulisnya, pada awalnya mereka hanya mahu keluar bersama 4 beradik sahaja. Fatin ada menyuarakan mahu ikut sekali tetapi ibunya tidak membenarkannya pergi.

Ketika mereka bersiap-siap mahu keluar, kelihatan Fatin juga bersiap dan akhirnya Fatin turut pergi bersama mereka. Gambar ketika Fatin menaiki bas pada malam kejadian itu juga dikongsikan saudaranya. Perkongsian video membuatkan ramai yang sebak.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
@mamaqnd inilah senyuman terakhir arwah @fatin nasrien sebelum bas bergerak. 08062025. huhu dan kenangan kami masa balik raya di kelate. waktu ni kami ingat nk kuar ber4 je (adik beradik) tp dia nak ikut .ibu dia xbg..tp arwah ok je xmarah xmerajuk ..masa kami siap2 nk kuar. arwah pun siap2 jugak..tp kami diam je biar je arwah nk ikut.. jadi ber5 lah kami kuar haritu. syurga buat mu long kami semua rindu awak long. moga ibu abah awak tabah dan kuat @liezayusof @Ayu Yusof @nor.mahiram
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan ramai yang turut menitipkan doa buat arwah Fatin. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Al fatihah utk arwah Fatin Nasrien.. Ya Allah sedihnya, tapi tengok yg bas arwah duduk di seat belah kanan , tpi dh ketentuan nye semoga arwah Fatin di tempatkan dlm kalangan org beriman.. “
” Korang perasaan tak pkaian dorang semua longgar dan menutup aurat.. Depa jaga btl aurat depa msa hidup smpai la akhir hayat.. “
” Aku tak kuat bila mengetahui kisah perjalanan hidup arwah dan keluarga arwah.. Aku jarang menangis.. Tp arwah membuatku sentiasa bergenang air mata.. “
” Innalillahiwainnalillahirajiun.. Semoga roh arwah sentiasa di cucuri oleh rahmatnya ya Allah, menangis aku tengok gambar2 ni.. “
” Sopan sungguh. Tertutup sempurna aurat arwah.semoga darjat keluargamu terangkat & dirimu masuk ke syurga & dpt tarik keluargamu sama2 ke sana nanti,wahai ank yg baik kesayangan kami semua wlupon kita xsaling kenal.. “
” Salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan sahabat handai arwah Fatin nasrien.. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan berpanjangan.. “
” Senyum manis dia. Rupanya dia senyum gembira sbb nk bertemu Allah dalam keadaan syahid di jalanNya. Semoga syurga ganjarannya.. “
Sebak melihat gambar Fatin tersenyum manis sedang duduk di dalam bas tersebut. Siapa sangka, senyuman itu sebenarnya adalah senyuman terakhir daripada Fatin dan ianya menjadikan satu kenangan yang tidak mungkin dilupakan oleh keluarganya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok mamaqnd
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti24 hours ago Artis / Selebriti24 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															
