Artis / Selebriti
” Ini orang dia dalam perut, macam gini rupa dia. Muka dia macam epal.. ” – Shuib
Video gelagat Shuib Sepahtu bercakap dengan anaknya yang baru lahir buat ramai terhibur. Alahai excited sungguh Shuib dapat baby girl. Bukan main lagi ajak baby berborak. Gelak Watie bila Shuib cakap muka baby macam epal, hehe..
Semua pasangan mengimpikan untuk memiliki cahayamata sendiri. Dikurniakan anak adalah satu nikmat dan anugerah yang tidak ternilai. Itu lah yang dirasai oleh isteri kepada pelawak terkenal, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah apabila selamat melahirkan zuriatnya semalam.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Watie Hanifiah dan Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan Shuib sedang memangku anak mereka itu. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Shuib, Watie selamat melahirkan bayi tersebut sekitar jam 3.47 petang, 6 April 2026.
Menerusi postingnya ini, Watie meluahkan rasa syukurnya kerana segala urusan untuk melahirkan berjalan dengan lancar. Pengalaman bersalin kali pertama membuatkan Watie teruja sehinggakan tidak boleh tidur, sekali pun sudah jam 3 pagi.

Shuib juga kelihatan terlalu gembira menatap dan bercakap dengan anaknya itu. Sudah lama Shuib tidak mendapat bayi perempuan, ini sedikit sebanyak membuatkan Shuib juga teruja. Warganet tumpang seronok mendengar perbualan Shuib bersama anaknya itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Congratulations rezeki sb dah jadi mak yang sgt baik utk anak anak Arwah kak sarah..semoga baby membesar dgn sihat, bijak & comel.. “
” Ehhhhhhh …welcome to the world… tahniahhhh Ib dan Watie.. selamat melahirkan baby yang comel.. selamat berpantang watie.. “
” Dia apple kan anak dia camtu je haha.. Lawak lah Shuib.. Nampak Shuib terlebih excited.. dah lama tak timang baby girl.. happy betul dia ya.. “
” Ini yg duk tendang2 perut mummy yeeee dh keluar dah diaaaa… tahniah mummy & family Allahhumabarik .. “
” Ya rabbi di epal kan nye muka anak dia tu. da keluar budak kuat berjalan ni.. Kuat gigih macam Mummy dia ni tau. Welcome to the world si cantik manis.. selamat berpantang watie.. “
” MashaAllah TabarakAllah.. “muka macam epal” haha.. dah kenapa muka macam epal tu Ib.. Alhamdulillah n Tahniah kalian. Semoga mummy n baby sihat² selalu. Semoga anak solehah membesar dgn sihat & sempurna, cemerlang di dunia dn akhirat juga. Amiiin3 YRA.. “
” Noh kecik kecik dah kena layan bapak berleter haha.. Alhamdulillah..congrats mummy daddy. Welcome to the world baby.. bakal bestfriend kakak Thalita.. “
Tak sabar warganet ingin melihat wajah comel anak Shuib dan Watie ini. Agaknya pipi bulat dan kerana itu Shuib mengatakan wajah baby seperti epal. Apa-apa pun, tahniah sekali lagi Shuib dan Watie. Selamat menjalani pantang untuk Watie dan semoga baby sihat selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah, IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

