Artis / Selebriti
” Ini bukan dunia saya, saya datang dari dunia yang lain.. ” – Khairy Jamaluddin
 
																								
												
												
											Video Temubual Khairy Jamaluddin Sejurus Selepas Menerima Trofi Kemenangan Di ABPBH36 Raih Perhatian Ramai. Ayat Paling Win Dan Deep KJ Bagi. Part Last Tu KJ Bagi Hint Perjalanan Kariernya, Alaa Serius Lah KJ !!
Siapa sangka, gurauan bekas ahli politik yang kini bergelar penyampai radio Era, Khairy Jamaluddin ketika menjadi penyampai trofi pada ABPBH35 tahun lepas menjadi kenyataan. Ketika itu, KJ dengan yakin mengatakan dia bakal naik ke pentas ABPBH36 sebagai penyampai radio popular.
Semalam menyaksikan KJ berjaya meraih gelaran Penyampai Radio Popular ABPBH36. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ohbulan dan Instagram f8buzz, telah dikongsikan video yang memaparkan ucapan KJ ketika menerima trofi di atas pentas dan ketika sesi bersama wartawan.
Ucapan KJ mengatakan ‘Dalam hidup ni kalau pintu rezeki ditutup, Allah akan bukak pintu rezeki baru’ memang mendalam maksudnya. Siapa sahaja yang tidak tahu ranjau kehidupan KJ setelah tersingkir dalam dunia politik dan akhirnya secara tidak sengaja menceburkan diri dalam dunia penyiaran.

Kata KJ kepada wartawan, ucapan itu tidak ditujukan kepada sesiapa dan ianya secara umum. KJ juga ada menyebut ‘ Do you best and Allah will do the rest ‘. KJ berjaya membuktikan kehadirannya disukai ramai dalam industri. Walaupun mengetahui dunia ini hanya persinggahan sementara dan akan kembali ke kancah politik, KJ sedang menikmati masa-masa yang ada.
Jom tonton video di bawah :
@ohbulanofficial Tahniah KJ memenangi Penyampai Radio Popular ✨🔥🔥🔥 Jangan lupa saksikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian di TV3 dan strim melalui Tonton ✨ #abpbh36 #teguhbersamaconboo #inspirasikeyakinanmu
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Tahun ini terjebak undi n tgk ABPBH sbb KJ je… Saya ulang KJ menang.. Saya ulang KJ menang heheh.. “
” Dalam hidup ni klu pintu rezeki ditutup, Allah akn bukak pintu rezeki baru.. deep lah KJ. Aku suka ayat dia ni.. “
” Love ayat KJ apabila dalam hidup ini pintu rezeki kita ditutup ketahuilah Allah SWT akan buka pintu rezeki yang baru. sesungguhnya rezeki Allah SWT nie luas.. “
” Tengok apbh semata2 nk tengok kj menang ke tak… Deep ayat dia. Dalam hidup ni klu pintu rezeki ditutup, Allah akn bukak pintu rezeki yg baru.. “
” Percaya dengan perancangan dan rezeki ALLAH… KJ menang sy ulang KJ menang sy ulang.. do your best Allah will do the rest.. “
” Aku suka dengar ayat dia, Klau rezeki kita ditutup, Allah akan bgi lgi rezeki yg lain, Allah the best.. my b isu hri tu, Allah nk beri rezeki yg lebih tuk dia.. “
” Dalam hidup ni kalau pintu rezeki ditutup, Allah akan buka pintu rezeki yang baru. Never give up. Percaya pada perancangan Allah-KJ.. “
Kalau sudah rezeki, tak akan ke mana. Tahun ini trofi penyampai radio popular milik KJ. Satu pengalaman baru yang akan selalu menjadi memori indah untuk KJ. Seandainya satu hari nanti KJ tidak lagi menjadi penyanpai radio, ini adalah hadiah istimewa peminat untuk KJ. Terus maju jaya Chief dan dimurahkan rezeki lagi.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ohbulan, IG F8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti18 hours ago Artis / Selebriti18 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
