Artis / Selebriti
” Ingatkan pelakon baru mana lah tadi, cantik sangat tengok.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Penampilan Terbaru Pelakon Mas Anizan Shahid Curi Perhatian Ramai. Wow Serius Nampak Lain Bila Makeup Macam Ni, Cantik Betul Mas !!
Mas Anizan merupakan seorang pelakon yang mencipta nama dalam industri seni pada sekitar tahun 1990-an. Namun begitu setelah mendirikan rumah tangga, Mas tidak lagi aktif dalam bidang lakonan untuk menumpukan perhatian menguruskan hal rumahtangga.
Mas kemudiannya membuat kemunculan semua menerusi drama Sara Sajeeada beberapa tahun lalu dengan memegang watak sebagai ibu kepada Sara iaitu lakonan oleh pelakon Tiz Zaqyah. Kemunculan Mas pada ketika itu membuat ramai peminatnya teruja.

Klik gambar untuk info..
Kini Mas begitu aktif dalam bidang lakonan dan banyak drama-drama lakonannya ditayangkan di kaca televisyen sekarang. Terbaru, meninjau ke akaun Instagram Mas, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan wajah terbaru Mas.

Salah satunya yang telah menarik perhatian adalah wajah Mas selepas mengenakan solekan. Perkongsian ini menjadi bualan ramai gara-gara ada yang hampir tidak mengenali wajah Mas selepas dirinya disolek. Sehingga kini, video itu menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton perkongsian video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan Mas Anizan dan menyukai perkongsian video-video ini. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Ingatkan pelakon baru mana lah tadi, cantik sangat tengok.. Pasal cantik sangat lah sis, kita tengok pun terpegun tau.. Masyaallah.. “
” Cantiknya dia.. Bila nk tua ni.. Huhu… Masa kita kecik dia dah lawa.. Ni kita dah nk kertu dia masih lg lawa.. Tak aci la camni.. “
” Makin bertambah usia makin btmbh2 cntik Mas Anizan nie.. Kagum tengok cara dia maintain jaga badan, wajah dia.. Cantik sangat.. “
” Cantik muka Mas ada iras puanku permaisuri Agung yg baru ni.. Seriously tengok gambar dah macam umur Mas 20 tahun lebih, hehe.. “
” Lawa dari muda sampai sekarang.. Apa tips nak kekal cantik.. Kita yang muda2 ni muka nampak tua 10 tahun dari usia, hehe.. “
” Kakakku cantik manis tanpa sebarang gula.. Masyaallah cantik betul makeup macam ni.. Auto nampak lain dan muda sangat lah.. “
” Tiada ungkapan yang bermakna melainkan mencintaimuuuu~ satu anugerah, hehe.. Woo manyakk cantekkk puan, berseri-seri.. “
Cantiknya Mas, memang nampak lain sangat. Meskipun usia Mas sudah berusia 50-an, kalau dilihat pasti ramai yang tidak percaya dan mungkin ramai juga menyangka usia Mas baru 40-an. Apa-apa pun semoga Mas terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya serta segala urusan sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG masanizan1
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 


 
																	
																															 
									 
									 
									 
									
