Artis / Selebriti
” Ingatkan anak Che Ta tadi, muka sweet macam Aaisyah Dhia Rana.. ” – Netizen
Wajah Anak Mua Bellaz, Aisy Ean Yusuf Yang Dipakaikan Tudung Tarik Perhatian Ramai Peminat. Wah Ean Tengok Sebijik Macam Aaisyah Dhia Rana Masa Kecil. Cute !!
Meninjau akaun Instagram Ean Yusuf, telah dikongsikan sekeping gambar Ean yang mana digabungkan 4 wajah Ean dengan mimik wajah yang berbeza mengenakan tudung berwarna merah jambu. Tertulis dikapsyennya itu menceritakan kakak Ean, Eica memakaikan adiknya sebegini rupa ketika mereka sedang mengemas pakaian.
Bella yang sedang memegang handphone lantas mengambil gambar Ean untuk kenangan. Melihat wajah Ean yang comel ini, nampak manis seperti anak perempuan. Ean yang dilahirkan pada penghujung Julai yang lalu adalah anak ketiga Bella.
Terdahulu, Bella mempunyai seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki iaitu Aidil dan Eica. Semenjak Ean dilahirkan lagi, wajahnya sentiasa menjadi perhatian peminat setia Bella. Memiliki kulit putih gebu dan mata yang cantik, Ean memiliki peminatnya sendiri yang sehingga kini sudah merekodkan sebanyak 48.2 ribu pengikut di Instagramnya ini.

Setiap kali dikongsikan wajah dan video Ean, pastinya mendapat jumlah tanda suka yang banyak daripada peminat. Ean yang kini sudahpun berusia 5 bulan membesar dengan sihat dan anak yang suka tersenyum. Ean juga mempunyai lesung pipit yang sama seperti Bella.
Jom baca perkongsian di bawah :
Wajah Ean yang dipakaikan tudung ini nampak seperti wajah anak Che Ta semasa kecil. Tidak hairanlah di ruangan komen ramai followers yang memberitahu wajah Ean ini seakan wajah Aaisyah Dhia Rana. Antara komen-komen mereka :
” Ingatkan tadi Aaisyah Dhia Rana waktu kecil.. bila tengok blk rupanya ean yusuf. Comey btoii la ank bella ni.. dh mcm kacukan.. “
” Comelnya Ean, Ingatkan perempuan muka tu manis sangat. Ger4m sungguh muka senyum tu.. makin ari makin macam anak mat salleh.. “
” First pic tu ged1kk nya lah4ii. Bkpo Comey sgt nii terserlah mixnya disituu.. Sekali pandang macam anak Che Ta, Aaisyah.. Manis sungguh.. “
” Alahai. comelnyaa. harap terken4n laa muka ean ni bila anak aku kelu4r nanti bellazzz 0iiii. lama dahhh terken4n kat ean ni.. “
” Comel nye dian ger4m tngok.. ingatkan Aaisyah tadi.. muka kiut betul.. sesuai sangat tudung pink dengan muka jambu Ean tu.. “
” Comelnya Ean, nasib baik l4ki. Muka dah lawa tu heheh.. Makin hari makin comel, macam anak arab muka tu.. “
” Gebunya ingatkn anak che ta tadi, muka sweet macam Aaisyah Dhia Rana. Comel sangatla bud4k Ean ni.. “
Alahai Ean, bertudung pun manis makin bertambah comel macam girl sangat . Dengan mata bulatnya dan senyuman manisnya itu membuatkan peminat ger4m melihat Ean. Apa pun, semoga Ean membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dewasa nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ean Yusuf, IG MUA Bellaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu bukan main lagi menyakat. Lagi panas si Hadie dengar madah Sallman tu, haha.. ” – Komen Netizen


