Artis / Selebriti
” Indah betul tengok cara Aafiyah menyantuni guru-gurunya.. ” – Komen Netizen
Video anak-anak DS Siti Nurhaliza meraikan Hari Guru raih perhatian ramai. Alahai manja betul Aafiyah dengan cikgu-cikgu. Afwa pun comel sangat, dah macam Harry Potter..
Hari ini tanggal 16 Mei merupakan Hari Guru. Biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza tidak terkecuali memuatnaik video yang memaparkan telatah anak-anak, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa menyambut Hari Guru bersama guru mereka.
Menerusi video itu, kelihatan Aafiyah yang cantik manis mengenakan tudung duduk bersama dua orang gurunya dan Aafiyah menyuap makanan kepada guru-gurunya. Manakala Afwa pula kelihatan segak mengenakan pakaian seperti Harry Potter.
Afwa turut membawa kotak yang berisi hadiah untuk dihadiahkan kepada gurunya-gurunya. Pada akhir video, DS Siti ada berkongsi hadiah istimewa yang diberikan anak-anaknya kepada guru-guru iaitu set produk SimplySiti. Perkongsian video oleh DS Siti tersebut telah mendapat perhatian warganet.

Ada yang memuji cara Aafiyah menyantuni guru-gurunya. Bukan itu sahaja, ada yang turut teruja melihat hadiah yang diberikan DS Siti kepada guru-guru yang mengajar anak-anaknya. Sehingga kini, video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh DS Siti dan pelbagai respon telah diberikan respon diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Indah betul tengok cara Aafiyah menyantuni guru-gurunya.. Wahh comey Afwa dan Aafiyah…. Slmt hari guru buat rakan2 guru semua.. “
” Mcm2 watak ya si Afwa nie, comel sgt nih.. Apasal tak letak misai kat Afwa tu, hahaha baru nampak Dato K junior.. Selamat hari guru.. “
” Masyaallah tabarakallah comelnya Afwa… Afiyah sgt cantik.. Woww dapat set kosmetik simply siti lah.. Nak juga, nak juga, hehe.. “
” Tak tahan tengok gaya Afwa.. Nampak smart and cute.. Comelnyaa.. Tokti kena buat lagu khas utk Cikgu2 lah bole la berkumandang setiap thn 16 Mei.. “
” Bestnya.. Nk jd cikgu ank2 dato ct juga lahhh, haha.. Nak jadi cikgu Afwa n Aafiyah sbb nk jumpa dato ct, heheh.. Happy teachers day.. “
” Kemain Afwa yaaaaaaaaaaaaaaaa hahaha.. Afwa tetap gangster comel. Eee geram betul tengok Afwa ni.. Afwa dah jadi Afwa potter.. “
” Afwa kena cari spec yg bulat tu baru mcm harry potter.. Korang hadeee tokti bagi hadiah sniri.. Hahahhahaa untungnya jadi cikgu ajar anak2 tokti.. “
Menarik hadiah pemberian DS Siti kepada guru-guru Aafiyah dan Afwa. Apa-apa pun, di kesempatan ini, kami dari Berita Kopak juga turut ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru. Terima kasih kerana tidak pernah lelah memberikan didikan yang terbaik kepada anak-anak murid.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

