Viral
” I’m shocked, suara merdu weh. Ni mesti lepas makan Strepsil kan, haha.. ” – Komen Netizen
Video wanita viral menjerit di konsert raya Dato’ Seri Siti mendendangkan lagu Nazam Lebaran secara acapella raih pujian warganet. Wah sedap rupa-rupanya suara dia. Merdu betul, best dengar..
Tular video seorang wanita menjerit ketika menonton konsert raya Dato’ Seri Siti beberapa hari yang lalu. Wanita ini merupakan peminat dari negara jiran Singapura bernama Wana. Di sebalik suara jeritannya itu, Wana sebenarnya salah seorang penyanyi dalam sebuah kumpulan band.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok EARL the band, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Wana bersama ahli kumpulannya menyampaikan lagu Nazam Lebaran secara acapella. Suara Wana ada tone yang sedap didengar dan merdu.
Ramai yang memuji kelunakan suara Wana. Di sebalik jeritan, tersembunyi suara merdunya itu. Memetik komen warganet, mungkin perasaan teruja ketika konsert DS Siti yang membuatkan wanita ini terkeluar suara ‘saka’ sehinggakan DS Siti juga terkejut.

Di ruangan kapsyen posting ini, ada dituliskan video ini dirakamkan untuk memenuhi permintaan daripada warganet. Ada yang mahu mendengar versi normal dan ada juga yang meminta nyanyian dalam versi menjerit. Video ini adalah gabungan versi normal dan jeritan untuk hiburan warganet.
Jom tonton video di bawah :
@earltheband some ask for normal cover, some ask for screamo 😭 our 5 min arrangment untuk layan akak strepsil @ehwana, harap enjoy 🥰 . #laguviral #singing #sitinurhaliza
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 300 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hahahahaha…sakit kepala aku weiii.. Comelll ahhh tapi sedapppppp giler suaraaaaaa.. you made my cough got worst.. “
” Hahahahhaha sedap je suara dia.. ttbe keluar suara jin hahaha letih nye mak haha.. sempoi.. “
” Comel lah, suara pun sedap. dah kenapa keluar suara saka dekat konsert hari tu sis haha.. “
” Tengok banyak kali tetap gelak gak tengok perangai.. suara best je terlebih excited time konsert tu sampai tokti terkejut haha.. “
” Hahah next concert wajib hadir ye.. nak dengar suara yang merdu pulak xmau yang jerit saka tu haha.. “
” Ok fine, i tarik semula hinaan dekat dia sebelum ni haha.. I’m shocked, suara merdu weh.. ni mesti lepas makan strepsil kan haha.. “
” Part dia gelak sama macam dekat konsert haha.. dalam vtt dia explain dia tak payah makan strepsil haha.. sumpah, lunak merdu suara dia.. “
Suara sebenar yang ternyata merdu dan sedap didengar. Bak kata pemilik suara sebelum ini, dia terlebih excited menyanyi ketika itu. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga ikut terhibur menonton video ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok earltheband
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

