Artis / Selebriti
” I had my first haircut with uncle Daniel at the salon.. ” – Nur Fatima Aisya
Video gelagat anak Nur Fazura, Nur Fatima Aisya ketika pertama kali gunting rambut di salon. Amboi berkepuk-kepuk rambut Fatima. Teruja betul Fatima tengok rambut baru dia..
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik anak pelakon Fazura, Nur Fatima Aisya, telah dikongsikan video Fazura membawa Fatima ke salon untuk gunting rambut. Menurut Fazura, ini adalah kali pertama Fatima pergi ke salon untuk gunting rambutnya.
Fatima kelihatan begitu comel mengenakan gaun berwarna unggu sangat teruja ketika masuk ke salon tersebut. Sebelum rambut digunting, rambut Fatima dicuci terlebih dahulu. Meskipun baru berusia 4 tahun, Fatima langsung tidak takut dan kelihatan begitu seronok.
Selesai sahaja mencuci rambut, Fatima duduk di kerusi dan rambutnya mula digunting oleh tukang gunting profesional. Selepas sudah gunting, rambut Fatima dikeringkan pula. Setelah melihat hasilnya, Fatima sekali lagi memberikan reaksi teruja apabila melihat rambut barunya itu di cermin.

Selepas itu, Fazura membawa Fatima melakukan manicure treatment di sebuah kedai. Fatima sendiri memilih warna yang dia inginkan untuk diletakkan pada kukunya. Dapat dilihat Fatima memilih warna warni untuk warna kukunya itu. Sehingga kini, video baru Fatima telah menerima 2 ribu lebih tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Fatima kelihatan begitu enjoy dengan aktiviti yang dilakukannya pada hari itu bersama mommy tersayang. Untuk makluman semua, tiada komen-komen yang diberikan kerana Fazura telah menutup ruangan komen pada posting di akaun Fatima ini.

Ini adalah bonding time antara ibu dan anak. Pastinya Fatima begitu seronok dapat meluangkan masa yang berharga bersama ibunya. Apa-apa pun, didoakan semoga Fatima terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang cerdik serta solehah buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG nurfatimaisya, missfazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

