Artis / Selebriti
” I had my first haircut with uncle Daniel at the salon.. ” – Nur Fatima Aisya
 
																								
												
												
											Video gelagat anak Nur Fazura, Nur Fatima Aisya ketika pertama kali gunting rambut di salon. Amboi berkepuk-kepuk rambut Fatima. Teruja betul Fatima tengok rambut baru dia..
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik anak pelakon Fazura, Nur Fatima Aisya, telah dikongsikan video Fazura membawa Fatima ke salon untuk gunting rambut. Menurut Fazura, ini adalah kali pertama Fatima pergi ke salon untuk gunting rambutnya.
Fatima kelihatan begitu comel mengenakan gaun berwarna unggu sangat teruja ketika masuk ke salon tersebut. Sebelum rambut digunting, rambut Fatima dicuci terlebih dahulu. Meskipun baru berusia 4 tahun, Fatima langsung tidak takut dan kelihatan begitu seronok.
Selesai sahaja mencuci rambut, Fatima duduk di kerusi dan rambutnya mula digunting oleh tukang gunting profesional. Selepas sudah gunting, rambut Fatima dikeringkan pula. Setelah melihat hasilnya, Fatima sekali lagi memberikan reaksi teruja apabila melihat rambut barunya itu di cermin.

Selepas itu, Fazura membawa Fatima melakukan manicure treatment di sebuah kedai. Fatima sendiri memilih warna yang dia inginkan untuk diletakkan pada kukunya. Dapat dilihat Fatima memilih warna warni untuk warna kukunya itu. Sehingga kini, video baru Fatima telah menerima 2 ribu lebih tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Fatima kelihatan begitu enjoy dengan aktiviti yang dilakukannya pada hari itu bersama mommy tersayang. Untuk makluman semua, tiada komen-komen yang diberikan kerana Fazura telah menutup ruangan komen pada posting di akaun Fatima ini.

Ini adalah bonding time antara ibu dan anak. Pastinya Fatima begitu seronok dapat meluangkan masa yang berharga bersama ibunya. Apa-apa pun, didoakan semoga Fatima terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang cerdik serta solehah buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG nurfatimaisya, missfazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 hours ago Artis / Selebriti7 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
