Artis / Selebriti
” I doakan tahun ni adalah lebih baik dan lebih indah untuk you. Semoga cepat kahwin.. ” – Noornabila
 
																								
												
												
											Noornabila Kongsi Gambar Dan Ucapan Sempena Ulangtahun Kelahiran Bekas Suaminya, Sharnaaz Ahmad. Alahai Sweet Ucapan Nabila Untuk Mamu, Lagi-Lagi Ayat Yang Last Tu. Jebat Tak Sabar Yer, Hehe !!
Menerusi perkongsian Noornabila di Instastory miliknya, telah dimuatnaik sekeping gambar throwback Sharnaaz Ahmad bersama Jebat Jayden. Noornabila turut mencoretkan ucapan khasnya untuk Sharnaaz sempena ulangtahun kelahiran Sharnaaz yang juga sama tarikhnya dengan Jebat.
Ungkap Noornabila menerusi videonya itu doa untuk mantan suaminya ini agar diberikan kehidupan yang indah dan lebih baik, dikurniakan kesihatan yang baik dan panjang umur serta cepat berkahwin baru kerana Jebat tidak sabar hendak menjadi abang.
Noornabila turut menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada Sharnaaz kerana menjadi ayah yang terbaik untuk Jebat. Banyak yang Sharnaaz lakukan demi kebahagiaan dan kegembiraan Jebat. Bukan itu sahaja, Sharnaaz juga menjadi kawan yang baik untuk Noornabila.

Memandangkan mereka akan sentiasa terikat selama-lamanya sebagai co-parenting untuk Jebat, Noornabila mengharapkan mereka dapat melaluinya bersama-sama. Sweet sungguh ucapan Noornabila untuk Sharnaaz itu. Pastinya Sharnaaz akan tersenyum membaca bait kata daripada Noornabila ini.
Jom baca perkongsian di bawah :

Tidak semua orang boleh melalui proses coparenting sebaik yang dilakukan oleh Sharnaaz dan Noornabila. Kesefahaman dan saling tolak ansur serta saling beralah antara kunci kejayaan untuk hubungan sebegini. Apa yang penting, Jebat tidak pernah merasai kehilangan mommy atau babanya kerana mereka sentiasa ada bersama Jebat.

Semoga segala urusan Sharnaaz dan Noornabila dalam membesarkan Jebat berjalan dengan lancar. Pasti akan ada banyak pancaroba dan dugaan yang akan mendatang seiring usia Jebat yang semakin meningkat. Semoga gembira selalu Sharnaaz , Noornabila dan Jebat. Selamat hari lahir baba Jebat Jayden.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Noornabila, IGs Noornabila
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
