Artis / Selebriti
” I am so grateful to have officially turned 4 today. Thank you for your prayers always.. ” – Nur Fatima Aisya
Gambar-Gambar Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Bersama Kek Hari Lahirnya Yang Ke 4 Tahun. Wah Fatima Dah Ada Akaun Instagram Baru Lah. Comel Birthday Girl Ni !!
Tanggal 2 Oktober, pada hari ini genaplah usia anak perempuan pasangan selebriti terkenal, Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya yang ke 4 tahun. Sebelum ini Fazura turut menitipkan ucapan dan kata-kata istimewa buat Fatima di Instagram miliknya.
Malah bukan Fazura sahaja, Fattah juga tidak ketinggalan memuatnaik video kenangan bersama Fatima dan berkongsi ucapan buat anak kesayangannya. Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Fatima, Fazura berkongsi beberapa gambar Fatima bersama kek hari lahirnya. Untuk makluman, ini adalah akaun Instagram baru yang diwujudkan untuk Fatima.
Kelihatan kek hari lahir Fatima pada tahun ini adalah bertemakan kartun Unicorn dan ianya adalah antara kartun yang disukai oleh Fatima sendiri. Fatima kelihatan begitu teruja melihat kek hari lahirnya di samping belon-belon yang turut ada di sisinya.

Baru sahaja dimuatnaik beberapa jam, posting yang dimuatnaik di akaun Instagram terbaru Fatima ini menerima puluhan ribu tanda suka daripada warganet. Perkongsian ini turut dapat dilihat menerusi akaun Instagram milik Fazura juga.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar-gambar seterusnya )
Mungkin pada tahun ini, sambutan ulangtahun Fatima tidak diraikan secara besar-besaran seperti sebelum ini seperti yang dimaklumkan di perkongsian di Instagram Fazura pagi tadi. Tidak mengapa Fatima, yang penting Fatima sentiasa happy di samping keluarga tersayang.

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir buat kesayangan ramai, Nur Fatima Aisya yang ke 4 tahun. Semoga Fatima membesar dengan baik, menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk Fatima, Fattah dan juga Fazura.

Silakan SHARE..
Sumber : IG nurfatimaaisya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

