Artis / Selebriti
” Husband memang suka bawa kita semua cuti-cuti.. ” – Atikah Suhaime
Atikah Suhaime kongsi video percutian di sebuah Villa mewah raih perhatian ramai. Wah, bertuahnya Atikah sebab suami tunaikan permintaan Atikah yang inginkan bercuti dalam suasana sebegini..
Meninjau ke akaun Instagram Atikah Suhaime, perkongsian sebuah video yang memaparkan video percutian Atikah sekeluarga di sebuah villa di Janda Baik, Pahang telah meraih perhatian ramai. Harga untuk 1 malam di Villa ini ialah lebih dua ribu ringgit.
Atikah inginkan percutian sebegini seperti suasana di kampung dan penuh dengan kehijauan. Atikah sendiri tidak menyangkakan permintaannya ditunaikan oleh suaminya. Memang nampak tenang dan dikelilingi pokok-pokok hijau seperti suasana kampung.
Menurut Atikah, selepas mereka berkahwin, Atikah dan suami tidak sempat pergi berbulan madu. Mereka hanya bercuti dalam Malaysia sahaja dan mungkin apabila cahaya mata mereka, Mulan membesar sedikit akan pergi bercuti ke luar negara.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 7 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Atikah tetap ke dapur menyediakan juadah walaupun sedang bercuti. Sememangnya masak memasak tetap menjadi kesukaan Atikah walau di mana berada.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang gemar melihat kebahagiaan Atikah saat ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Cik suka tengok tika pat masak2 dan mkn2.Rajin ke dapur masak utk keluarga untung suami mak mentua dpt Tika .. Sama pattern Mulan & mummy tido.. “
” Smoga tika skluarga sentiasa dimurahkn rezeki. Love sgt tgk tika masak2 slalu. I kenal zaiton melalui tika before this x pernah tau pon zaiton ni. Suka sgt produk zaiton mmg x cari yg lain dh.. “
” Tika tido pun lawa.. adoi la.. I tido sebelah anak2 kucing i, mungkin da mcm singa da rupa i.. Syg betul amir kt kakak ipar dia kan.. “
” Tak pernah rasa Tika Singaporean… bila Tika cakap cuti luar negara terus fikir Janda Baik ni kan kat Malaysia…. haa baru teringat Tika orang Singapore.. “
” Uncle amir tu sayang betul dgn kakak ipar dgn anak buah dia terus dpt princess treatment tolong bukakkan pintu.. Sukaaa Atikah ni She’s so realistic, humble and sweet.. “
” Now we know why you’re the gems in The’s family n everybody love you coz u cantik, humble, rajin, pandai masak, friendly yg penting syg Amir.. “
” Best tempat ni! Rajin betul therealatikahsuhaime ni..bercutipun masih masak sendiri..happy betul Amir! Comel Mulan..esok besar sure cantik macam mummy… “
Wah, memang tenang dan mendamaikan villa ini. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat bercuti buat Atikah Suhaime sekeluarga. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki buat Atikah sekeluarga dan sentiasa berbahagia selalu. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Atikah Suhaime
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

