Artis / Selebriti
” Hikmah dari Sumud Flotilla, syukur Alhamdulillah, Allah bukakan hati Kak Lina.. ” – Komen Netizen
Video Elly Mazlein tampil berhijab di pentas final Kilauan Emas 2025 curi perhatian ramai. Sampai menangis Kak Lina mengenangkan srikandi dan wira negara Sumud Flotilla. Asbab GSF, Kak Lina akhirnya berhijab, semoga terus istiqamah..
Semalam telah berlangsungnya final Kilauan Emas 2025 yang dipengacarakan oleh Elly Mazlein atau Kak Lina dan Joey Daud. Satu kelainan apabila Kak Lina tampil dengan imej berhijab. Penampilan anggun Kak Lina ini mengejutkan penonton di dewan dan juga di rumah.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan Official, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Kak Lina membuka tirai final Kilauan Emas dengan menyampaikan lagu Tuhan Jaga Dia Untukku. Ianya bersempena solidariti untuk para sukarelawan atau lebih layak digelar wira dan wirawati negara yang berjuang untuk misi Global Sumud Flotilla.
Kak Lina tidak dapat menahan sebak ketika menyanyikan lagu ini dan kedengaran suaranya terhenti seketika kerana menangis. Kak Lina juga sekali lagi menangis ketika bercakap di pentas dan memohon semua mendoakan keselamatan untuk semua terlibat dalam GSF.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hlive pula, Kak Lina secara terbuka memberitahu kerana Sumud Flotilla, hatinya dijentik untuk mula berhijab. Langkah yang diambil oleh Kak Lina ini memberikannya satu ketenangan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Jom tonton video di bawah :

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Saya doakan akak lina teruskan berpakaian macam ni.. cantik kak lina pom pom pakai camni.. Tgk lah hikmah Allah bgi kerana sumud fotila ni.. Alhamdulillah.. “
” Hati kak lina ni baik.. insyaAllah sy doakan kak istiqamah ye.. moga Allah terima semua.. Allah maha baik kak.. Maka lengkaplah kebaikan hati luar dan dalam kak lina.. “
” Kak kepom mmg lawa tambh² berhijab alhamdulillah semoga istiqomah kak kepom kami semua sentiasa mendoakn yg terbaik.. “
” Syukur alhamdulillah teruskan Elly Mazlein.. bertambah cantik, semoga istiqomah.. Allah sayang kak lina.. Alhamdulillah kak kepom baru la letopan kebabom kak kepom berhijab.. “
” Alhamdulillah masyaallah tabarakallah.. tahniah kak Lina semoga terus istiqomah.. semoga lina kuat semangat utk terus berhijab.. amin.. “
” Hikmah dari sumud flotilla, mungkin ada Hajat team tk smpi tapi yg tinggal sini Allah bukakn hati utk Elly berhijab, Semoga terus istiqomah. Tu belum dgr Jerit perit mrk ketika ditahanan, mudah2an lebih byk yg akan istiqomah Dan berhijab. Alhamdulillah.. “
” Tak tipu…. k lina pompom pakai tudung lawa sangat mashaAllah.. terkejut tengok KE tadi, terpesona sangat…. smoga kekal istiqamah kak.. “
Bila Allah memberikan hidayahnya, Sumud Flotilla menjadi asbab hati Kak Lina dijentik dan menekadkan diri untuk terus berhijab. Sama-sama kita mendoakan agar Kak Lina diberikan kekuatan hati dan iman yang kuat untuk terus istiqomah dan menjadi seorang muslimah yang sejati.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan Official, IG Hlive, IG Ellymazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

