Artis / Selebriti
” Highnote dia tak boleh bawa bincang, pandai pulak tu tiru lenggok Tokti.. ” – Komen Netizen
Video Persembahan Rina Nose Ketika Opening The Hardest Singing Show Minggu 3 Raih Pujian Ramai. Fuh Sedapnya Suara Rina Menyanyi Lagu Nirmala. Sambil Duduk Atas Tandu Pun Tetap Padu, Lebih-Lebih Lagi Masa Part Tarik Tinggi Tu !!
Rancangan realiti hiburan, The Hardest Singing Show sudah pun memasuki minggu ketiga. Bersiaran setiap hari Jumaat, tema pada minggu ini adalah Mega Dansa iaitu bertemakan tarian. Tidak hanya peserta tetapi hosnya, Nabil Ahmad dan Rina Nose juga perlu membuat persembahan.
Meninjau akaun Tiktok Astro Malaysia, telah dikongsikan satu sedutan video persembahan pembukaan oleh Rina dan Nabil. Jika pada minggu lalu Rina menyanyikan lagu Cinta Setandan Pisang bersama Nabil, minggu ini lagu tradisional Nirmala dendangan asal Dato’ Seri Siti Nurhaliza pula menjadi cabaran untuk mereka.
Kelihatan Rina duduk di atas tandu dan diarak keluar oleh penari dan Nabil. Suara Rina sememangnya sedap dan merdu. Berilah lagu apa sahaja kepada Rina, pastinya akan dinyanyikan sebaik yang boleh. Lagu Nirmala bukan sebarang lagu dan perlukan nafas yang panjang untuk menyanyikan lagu yang berlenggok dan mendayu-dayu ini.

Seluruh dewan gamat dengan sorakan dan tepukan ketika Rina memulakan nyanyiannya. Smooth dan halus sahaja suara Rina ketika menarik highnote dalam lagu tersebut. Rina sememangnya seorang pengacara yang versatile. Sambil mengacara juga Rina boleh menyanyi dan membuat lawak.
Jom tonton video di bawah :
@astromalaysia Halusss je Rina Nose tarik highnote 🤍🤍 #TheHardestSingingShow #LuarLimitasi #AstroBaharu #TheHardest #RinaNose #NabilAhmad
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hebat lah suara Rina ni.. Sedap dan lunak tu tak puas dengar.. Mantap lah Rina.. terhibur tengok Rina.. atas tandu pun tetap gempak suara.. ”
” Sedapnya suara dia, suka la tengok Rina ni. Comel sangat perangai dia haha.. Masuk jaa Nabil ‘ Aduhai’ hahah hancur.. ”
” Dah macam konsert dia buat… suka dengar suara Rina bila nyanyi lagu irama malaysia camni.. sedap dan lunak merdu.. ”
” Rina Nose memang terbaik dan serba boleh. sakit perut ketawa gahahaha.. love u la rina nose.. ”
” Serba boleh Rina ni.. nyanyi main-main pun sedap suaranya.. Rina memang terbaik. Masuk je nabil, habis rosak lagu haha.. ”
” She’s gorgeous and multi talented.. semua boleh Rina ni.. g1la best suara dia. nk video full please.. ”
” Rina boleh tiru semua suara artis, malaysia ke indonesia ke.. Highnote dia tak boleh bawa bincang, pandai pulak tu tiru lenggok tokti.. ”
Tak salah pemilihan Rina sebagai host bersama Nabil, terhibur semua penonton yang hadir dan juga di rumah dengan telatahnya itu. Lenggok DS Siti yang Rina nyanyikan itu memang menjadi. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan dan semoga semua yang membaca turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Astro Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen

