Artis / Selebriti
” Hawra Uqaira yang cerdik. Mudah terhibur sungguh, geram tengok dia ketawa tu.. ” – Komen Netizen
Video Dan Gambar Terbaru Anak Uqasha Senrose Dan Kamal Adli, Hawra Uqaira Yang Kini Sudah Berusia Hampir 4 Bulan Buat Ramai Geram. Alahai Comel Sungguh Uqaira Gelak, Sampai Sepet-Sepet Mata Tu. Dah Macam Muka Anak Orang Korea !!
Pasangan romantis, Uqasha Senrose dan Kamal Adli telah pun dikurniakan dengan seorang anak perempuan yang diberi nama Hawra Uqaira. Hawra nama yang diberikan oleh Kamal, manakala Uqaira pula nama pilihan Uqasha untuk puteri sulungnya ini.
Uqaira kini sudah hampir 4 bulan usianya dan membesar dengan sihat. Wajah comel Uqaira seringkali meraih perhatian warganet. Ramai yang bersetuju Uqaira banyak mewarisi wajah Kamal. Tak kurang juga ada yang berseloroh mengatakan Uqaira seperti Kamal versi ‘travel pack’.
Meninjau entry terbaru Uqasha di akaun Instagram miliknya, telah dikongsikan video dan gambar yang memaparkan Uqasha, Kamal dan Uqaira keluar bersiar-siar. Uqaira yang berada di dalam stroller kelihatan gembira sekali setiap kali diagah oleh ibu dan ayahnya itu.

Wajah comel Uqaira dengan matanya yang sepet itu membuatkan Uqaira kelihatan seperti anak orang Korea. Apabila Uqaira ketawa, lagi bertambah kecil matanya. Telatah Uqaira itu juga membuatkan warganet naik geram melihatnya.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Cantik betul mata Uqaira ni. mudah terhibur sungguh, geram tengok dia ketawa tu.. melting lah tengok buah hati ibu ayah ni.. ”
” Subhanallah comelnya anak KA dgn uqasha, putih melepak geram sungguh.. Hawra Uqaira yg cerdik lg bijak, tawa manja mu sgt la comel lote.. ”
” Mata tu mmg mata Kamal laa.. sekali pandang dah nmpk. Tp cantik tu confirm uqasha.. baby girl comeii.. ”
” Cutenya muka ayah ni.. Kamal travel size.. happy family. comel betul lah korang bertiga ni.. ”
” MashaaAllah geramnyaaa tengok…. Ibu ayahnya pun sporting terukkkk.. gebu sungguh si kecik ni.. tegok dia sengih dengan kita sengih sama.. ”
” Olololo… SubhanAllah si comel Uqaira onty nii cute nyer dia tenyum… moga membesar dgn sihat,cergas & cerdas yer sayang.. aamiinn.. ”
” Comelnya Uqaira, halah halah budak ni suka ketawa lah.. cepat terhibur macam ibunya jugak. Comel uqaira ketawa sampai tak nampak mata hehe.. macam baby korea.. ”
Tumpang bahagia warganet melihat kegembiraan Uqasha dan Kamal sejak adanya Uqaira. Si kecil ini menjadi penghibur hati ayah dan ibu. Semoga selepas ini ada banyak lagi perkongsian mengenai Uqaira yang dikongsikan kepada peminat-peminat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Uqasha Senrose
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


