Artis / Selebriti
” Hati saya bukan sakit, tapi terasa dengan orang-orang macam ni.. ” – Shuib Sepahtu
 
																								
												
												
											Sering dikatakan tunggang nama arwah Siti Sarah, ini respon Shuib Sepahtu. Alahai kesian Shuib, semua serba tak kena. Sampai macam tu sekali kena kecam..
Semenjak ketiadaan arwah Siti Sarah Raissuddin sehingga lah ke saat ini, tidak henti cakap-cakap sebilangan warganet yang mengatakan Shuib Sepahtu menggunakan nama Siti Sarah untuk meraih simpati dan perhatian ramai. Ini sedikit sebanyak mengguris hati Shuib.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual antara Shuib bersama pihak wartawan. Soalan Shuib dikatakan menunggang nama Siti Sarah diajukan kepada Shuib dan penjelasan Shuib cukup panjang lebar.
Kata Shuib, ianya bukan isu baru, malah setiap tahun kecaman yang sama diterimanya. Shuib menegaskan apa yang dia postkan di media sosial adalah berkaitan dengan orang rumahnya, isterinya sendiri Siti Sarah dan bukannya mengenai isteri orang lain.

Menyedari tidak semua orang suka apa yang dikongsikan, Shuib mengambil pendekatan tidak mempedulikan semua kecaman itu. Jika suka melihat apa yang disajikan, boleh lah menontonnya tetapi jika tidak suka, Shuib meminta agar haters tidak menontonnya.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 400 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Memang tak boleh lari lah dari nama isteri dia.. apa orang nak sibuk sangat kan… Biar lah.. memang selama2 dia ada hak post pun.. “
” Buat benda baik kena kutuk, buat silap pun lagi kena kutuk. Teruskan niat baik kamu Shuib dan Jangan layan comment toxic.. “
” Biar je… jangan layan, buat bodo je… Dorg jeles tu… teruskan je, buat je ape yg ualls suka, yg penting seluruh family mu bahagia skrg… Syukur Alhamdulillah.. “
” Dah siti sarah tu isteri dia x timbul masaallah tungang ke apa apalah natezen ni busuk hati doket shuib tu. Selagi manusia dipanggil manusia, sifat dengki yg bodoh macam tu lah.. “
” Totally agree.. betul kata Shuib tu, akak setuju dengan kata-kata shuib tu. post kena kata, tak post pun kena kecam jugak.. “
” Tak payah layan lah Shuib benda-benda negatif tu. tak habis habis sakit hati lihat kejayaan orang lain.. Shuib teruskan je apa yang Shuib buat.. “
” Ada je yang berdengki.. tak ada salahnya pun, tak kan lah kawan-kawan Shuib pulak nak bercerita pasal arwah Sarah.. “
Susah untuk Shuib memuaskan hati semua orang dan benar kata Shuib tak semua suka apa yang dia lakukan. Pendekatan Shuib untuk mengabaikan sahaja semua kata-kata kecaman itu adalah tindakan yang terbaik. Teruskan apa yang telah Shuib lakukan dan semoga Shuib bahagia selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, IG Shuib
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti21 hours ago Artis / Selebriti21 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
