Artis / Selebriti
” Happy birthday Thalita. Macam ni juga arwah ibu dengan atok dulu.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Shuib Sepahtu sempena ulangtahun kelahiran Thalita yang ke 12 tahun buat warganet tersentuh. Sangat menyentuh perasaan ucapan daripada Shuib dan video yang dikongsikan..
Meninjau ke akaun Instagram Shuib Sepahtu, perkongsian sebuah video beserta ucapan hari lahir buat satu-satunya anak perempuan Shuib iaitu Thalita telah meraih perhatian ramai. Tanggal 17 Mei genaplah usia Thalita 12 tahun dan Thalita kini sudah remaja.
Ucapan daripada Shuib cukup ringkas, namun sangat bermakna. Shuib mendoakan yang baik-baik buat puterinya itu yang kini semakin popular dalam industri seni. Shuib turut memuatnaik sebuah video ketika berada di belakang pentas untuk konsert di Singapura tempoh hari.
Shuib memberikan semangat buat Thalita untuk membuat persembahan untuk sebuah konsert yang cukup besar iaitu By Ajai and Mega Friends. Ketika konsert tersebut Thalita tampil begitu cantik menyanyikan lagu milik ibunya dan turut berduet bersama Shuib.

Dapat dilihat kasih sayang Shuib terhadap puterinya itu cukup sempurna dan memberikan semangat buat Thalita agar mempunyai keyakinan di atas pentas. Perkongsian video ini telah menerima lebih 23 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini dihujani dengan ucapan selamat hari lahir buat Thalita. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Semua daddy akan sanggup buat apa saja demi anak perempuan dia tersenyum happy birthday talitha . Power briefing kau dekat dia IB. Taniah shuib.. “
” Buat Hati Pertama Mmg Seorg Bapak Di Uari seorg Anak Perempuan.. Mcm ni lah anak dara sulung saya dgn pak dia …. Sweet moment.. “
” Cinta dari seorang ayah sangat lah mahal cari kt mana pun ayah la lelaki pertama yg hadir dalam kehidupan seorang anak perempuan. Happy birthday dekta, da anak dara la dia .. “
” Selamat Hari Ulang Tahun buat Thalita . Semoga Berjaya di dunia dsn Akhirat . mcm ni juga arwah ibu dgn atok dulu. arwah ibu menyanyi sedari muda lg dan atok sentiasa ada dgn arwah ibu.. “
” Igt lagi dlu arwah ibu dia..pnh wat rmbut cmni… sbjik arwah ibu…al fatihah dibaca buat arwah siti sarah binti raisudin.. terus melangkah dgn maju jaya dekta.. “
” Happy Birthday Thalitaaa Semogaa Yang Baik Baik Mengiringiii Awak Dan Keluarga . Birthday Kitaa Sama lah , Heheee !! loveyou thalitaaa .. “
” Happy birthday talithaaa,,,smg y baik2 dan indah2 sentiasa mengiringi hidupmu Anak,,, esokkk birthday acikkk pulaak.. “
Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 12 tahun buat Thalita. Semoga menjadi seorang anak yang berjaya membanggakan kedua orang tuanya dan mencapai apa yang dihajati oleh Thalita. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

