Artis / Selebriti
” Hang saja Una tak bagi yang lain cakap. Akal panjang Una ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video telatah Una Pak Mat Western bercakap telefon dengan Fattah Amin buat ramai terhibur. Alahai kesian si Icha tunggu lama, last-last tak dapat cakap. Una tak bagi chance langsung Icha nak cakap dengan Boss Fattah, haha..
Baru-baru ini, pelakon Fattah Amin telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Pemasaran Pak Mat Western. Perkara itu diumumkan sendiri oleh Pengarah Urusan Pak Mat Western iaitu Nur Qaiyum Muhamad menerusi satu kenyataan di akaun Instagram rasmi milik Pak Mat Western.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Pak Mat Western, telah dikongsikan satu video yang memaparkan staffnya iaitu Una sedang bercakap telefon dengan Fattah. Kedengaran Una bertanya tentang Fattah yang kini sedang berada di Tanah Suci menunaikan ibadah umrah.
Namun telatah Una yang tidak mahu memberikan telefon kepada rakannya, Icha telah mengundang tawa ramai. Ada yang menyakat dengan mengatakan yang Una sengaja tidak mahu memberikan telefon kepada Icha kerana Una mahu dia seorang sahaja dapat bercakap dengan Fattah.

Ada juga yang mengatakan content yang dilakukan oleh tiga orang staff Pak Mat Western ini begitu mencuit hati. Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih 3000 tanda suka setakat artikel ini tulis. Amboi Una, tak bagi langsung Icha nak cakap telefon dengan Boss Fattah, kesian tengok Icha.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian video ini dan pelbagai respon diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Hang saja Una tak bagi yang lain cakap, akai panjang Una ni, haha.. Benda boleh on speaker, hang saja kan, hahhahaha.. “
” Icha tu paling kesian, hahahaa.. Awal2 lagi nk cakap tapi sampai habis tak boleh cakap sepatah pun dengan bos Fattah.. “
” Una hg pandaiiiii.. Hg sorang ja boleh cakap, orang lain tak boleh cakap dengan bos noh, hahahaaa.. Pandai2.. Ada lah tu akai dia.. “
” Amboi una pulun ckp sorg na…mokalau buat loud speaker kann semua buleh cakap… Dia kawal dia sorang ja nohhh.. Haha.. “
” Una kalu dgn bos Fatah amboi tak ica tu, hahaha geram plk rsa.. Izz mcm nak masuk dlm telinga Una nuhhhh.. “
” Una sapu habis na cakap ngan boss Fattah.. Kesian keychain tu nk cakap tak dpat2.. Amboii Unaa, hahaha.. Ada udang disebalik batu.. “
” Sian Ica n izz.. Teringat ank² aku 2org berkelai nk ckp ngn bapak depa, hahaa.. Una tu dh mcm aku uiii.. Akai panjanggg una.. “
Part last sempat lagi semua berangan apa lah hadiah yang akan diberikan oleh Fattah kepada mereka. Siap ada yang cakap kurma, air zam-zam dan macam-macam lagi. Apa-apa pun, video ini hanyalah sekadar content sahaja daripada Team Pak Mat Western. Semoga semuanya terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG pakmatwesterncafe
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

