Artis / Selebriti
” Handsomenya papa mamu, macam hero hindustan. Mata lawa.. ” – Netizen
Perkongsian Sharnaaz Ahmad Gambar Papanya, Datuk Basir Ahmad Ketika Muda Bersama Tan Sri P Ramlee Raih Perhatian Peminat. Wah Segaknya Papa Sharnaaz, Macam Shashi Kapoor Pun Ada !!
Sekali sekala, aktor sensasi Sharnaaz Ahmad ada berkongsikan perihal ibu dan ayahnya di media sosial. Sebagaimana yang diketahui umum, Sharnaaz merupakan anak kepada Datuk Basir Ahmad dan Datuk Marina Puteh.
Meninjau akaun Instagram Sharnaaz Ahmad, telah dikongsikan sekeping gambar throwback yang memaparkan gambar kenangan papanya bersama Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Gambar ketika usia papa Sharnaaz masih muda ini memang menarik pandangan.
Ringkas sahaja kapsyen Sharnaaz berbunyi ‘ My papa, my hero ‘. Dalam salah satu komen, Sharnaaz memberitahu gambar ini pada asalnya berwarna hitam putih ini disunting agar menjadi gambar berwarna.

Melihat paras rupa papa Sharnaaz ini, ramai yang memuji ketampanan wajahnya. Ada yang mengatakan seperti hero hindustan, Shashi Kapoor dan tidak kurang juga menyangka ianya Datuk Jins Shamsuddin.
Jom baca perkongsian di bawah :
Bak kata pepatah, bapa b0rek anak rintik. Manalah Sharnaaz tak kacak, lihat sahajalah Datuk Basir segak orangnya. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Patut lah hang pun kacak.. Aku ingat tadi Jins Shamsudin dengan P Ramlee. handsomenya papa mamu.. “
” Kugiran teruna Ria. hensem dan bergaya, semoga dato basir ahmad sihat dan diberikan kesihatan yg baik serta dipermudahkan segala urusan aamin.. “
” Patutlah mama herlok, papa handsome macam hang jugak mamu. Semoga ayah mamu sentiasa sihat dan dirahmati Allah.. “
” Bukan biashe biashe mat, handsomenya papa mamu. Elvis Pressly Malaya ni.. mata tu cantik betul.. “
” Sempoi, patut mamu kacak bergaya. Mata lawa, macam hero hindustan la papa. Ingat Shashi Kapoor.. “
” Macam hero hindustan, sebijik Shashi Kapoor. Helokk ter0k papa Sharnaaz ni, patut Sharnaaz pun handsome.. “
” Segak sungguh, like father like son.. Patut laa mamu segakk… papanya pun segakkk.. Patut Jebat suka menyanyi.. ikut atoknya.. “

Manakan tump4h kuah kalau tidak ke nasi, tidak hairanlah Sharnaaz handsome ikut wajah papanya sangat. Semoga Datuk Basir sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, panjang usianya dan bahagia selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sharnaaz Ahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen


