Artis / Selebriti
” Handsomenya dia, dah besar El Issac.. ” – Netizen
Datin Zai Izzati Kongsi Gambar-Gambar Terbaru Anaknya, El Issac Yamani Yang Kini Berusia Hampir Setahun. Wah Putih Gebu Issac Ni, Comel Sangat Dengan Kopiahnya Tu. Mini Dato’ Jamal Abdillah Sangat !!
Menurut laporan Metro Harian, Dato’ Jamal Abdillah dan isterinya Datin Zai Izzati bakal menimang cahaya mata ketiga mereka pada bulan Februari tahun hadapan. Untuk rekod, pasangan ini telahpun dikurniakan sepasang anak bernama Nur Azura Yamani dan El Issac Yamani hasil perkongsian hidup bersama.
Meninjau akaun Instagram Datin Zai Izzati, telah dikongsikan beberapa keping gambar terbaru El Issac yang memakai kopiah. Dengan kapsyen tertulis ‘ anak soleh mommy El Issac Yamani ‘, wajah si kecil ini semakin comel.
Untuk makluman, Issac dipanggil dengan gelaran Zack sempena nama dalam filem popular Azura lakonan Dato’ Jamal dahulu. Issac yang bakal berusia setahun pada 11 November ini seringkali dikatakan oleh peminat memiliki wajah seiras dengan Dato’ Jamal.

Anak kecil seperti Issac ini apabila mengenakan kopiah memang nampak cute sahaja. Komen-komen daripada peminat juga ramai yang memuji kecomelan wajah Issac ini. Tambahan lagi bukan selalu Datin Zai ‘belanja’ wajah Issac di laman sosial.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian oleh Datin Zai ini telah mendapat hampir 700 tanda suka daripada peminat sehingga kini. Antara komen-komen peminat :
” Comelnya dia, boss kecil Dato’ Jamal Abdillah junior ni. Bila lah dapat jumpa handsome boy ni. Cute sangat Zack.. “
” Hands0menya dia, dah besar El Issac. Macam muka ayah la Issac ni. Anak soleh mommy dan baba, Aamin.. “
” Besar dah El Issac Yamani, makin comel. Cantiknya mata El Issac. semoga menjadi anak soleh.. “
” Handsome boy, besar dah Issac. Muka macam Dato’ Jamal ni. Comel anak babah. Semoga jadi anak yang soleh.. “
Kulit putih gebu macam Datin Zai sangat Issac ni. Jika dilihat pada perkongsian terdahulu, Datin Zai ada memuatnaik video Issac yang asyik makan spagetti milik kakaknya, Azura. Nampak berselera sungguh Issac ketika itu.

Apa pun, semoga El Issac membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang soleh dan bakal abang yang baik untuk adiknya nanti. Untuk Datin Zai, jaga diri selalu dan semoga dipermudahkan sepanjang tempoh kehamilan sehingga selamat melahirkan nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zaiizatti17_, Jamal Abdillah Official, Portal Harian Metro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen

