Artis / Selebriti
” Handsome, cantik, lawa dan cute. Perfect family.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Zahirah Macwilson Muatnaik 1st Family Photo Bersama Aiman Hakim Ridza Dan Anak-Anak Mereka, Isaac Raees Serta Inara Raisa Raih Perhatian Ramai. Mak Cantik, Ayah Handsome, Anak-Anak Comel, Perfect Photo. Yang Gambar Isaac Kiss Inara Tu Cute !!
Pasangan romantis, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza antara selebriti yang seringkali menjadi perhatian ramai. Kehidupan pasangan ini semakin gembira dan bahagia dengan kehadiran 2 orang cahayamata dalam hidup mereka iaitu Isaac Raees dan Inara Raisa.
Isaac sudah pun berusia 3 tahun, manakala Inara pula genap 4 bulan usianya. Menerusi perkongsian terbaru Zahirah di akaun Instagramnya, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan family photo mereka yang diambil buat kali pertama.
Zahirah kekal kelihatan cantik dan menawan, begitu juga dengan Aiman yang segak dan bergaya dalam busana kot. Isaac dan Inara juga digayakan dengan pakaian yang cukup kemas. Penampilan Isaac yang bersut lengkap hitam membuatkan ramai yang memuji kecomelab Isaac. Inara pula dipakaikan baju gaun berwarna putih, sesuai dengan warna baju tema mereka sekeluarga.

Banyak gelagat comel yang dapat dilihat menerusi gambar-gambar ini. Isaac semakin pandai memberikan pose yang menarik. Inara pula seorang yang sangat pemurah dengan senyuman. Adik dan abang, kedua-duanya cantik dan handsome mewarisi mommy dan daddy mereka.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian oleh Zahirah ini telah pun meraih lebih 200 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Olooo Isaac, aunty cair lahh.. MashaAllah tabarakallah, 2 beradik muka copy paste pulak tuuuu hensem lawo.. “
” Awwww so much love for this family.. Saya doakan kalian terus bahagia hingga ke syurga. Dikurniakan rezeki anak dan tetap sabar selalu.. “
” Zahirah semakin lawa lepas dapat anak ke 2 ni.. Dia memang girl crush betul. Cantik sentiasa.. isaac dan Inara tu comelnya.. “
” Pengsan, handsome, cantik, lawa dan cute.. love seribu kali.. Ee my favourite family.. Isaac so charming.. love sangat this family photo.. “
” Auu comel sangat semua.. perfect family.. comei sgt Inara.. abg so handsome. masyaAllah geram tgk dua2 anak dorg nie.. penyayang pulak tu.. “
” Comelnya dua ketul tu.. So so so sweet. May this family always in His care. Moga bahagia sampai syurga utk aimanhakimridza & zahirahmacwilson .. aamiin.. “
” Amboi Isaac dah pandai kenyit mata hehe.. Apa ni abang Isaac handsome sangat ni.. Inara tu pun, alahai suka sengih.. manis sangat budak ni.. so cute anak-anak Zahirah ni.. “
Cukup sempurna keluarga kecil Zahirah dan Aiman ini di mata peminat. Telatah Isaac dan Inara yang pasti membuatkan semua yang melihat mereka turut sama mengukir senyuman. Semoga Zahirah sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zahirah Macwilson
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti15 hours ago Artis / Selebriti15 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
