Artis / Selebriti
” Handsome boy, muka uncle Jaa betul dia ni. Eiii ger4m.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Zaki Azeman Kongsi Wajah Anaknya, Rizqy El Zafran Yang Kini Sudah Berusia 3 Bulan Buat Ramai Yang Geram. Alahai Chubby Betul, Bulat Sungguh Rizqy Ni. Muka Macam Uncle Jaa Suzuran Pun Ada Ni. Part Lesung Pipit Tu Paling Mahal, Comel Sangat !!
Sekitar pada bulan Mei yang lalu, pelakon Zaki Azeman telah pun selamat menimang cahayamata sulungnya. Dikurniakan seorang anak lelaki, Zaki dan isterinya, Raa Suzuran sepakat menamakan bayi mereka ini dengan nama Rizqy El Zafran.
Setelah 3 bulan usia baby Rizqy, kini Zaki dan Raa terbuka berkongsikan wajah penuh anak mereka ini. Menerusi akaun Instagram Zaki Azeman dan Raa Suzuran, telah dimuatnaik sekeping gambar terbaru mereka bertiga dengan kapsyen dimulai dengan ucapan Bismillahirahmanirahim.
Ini kali pertama wajah Rizqy dikongsikan dan ianya mendapat perhatian ramai. Comel, itu yang dapat diperkatakan tentang wajah Rizqy. Pada satu lagi perkongsian di Instagram Rizqy El Zafran pula, satu video Rizqy dipertontonkan untuk warganet.

Semangat sungguh tubuh Rizqy, bambam pipinya dan ada double chin. Senyuman Rizqy yang manis dengan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya itu mewarisi Zaki yang juga memiliki lesung pipit. Alahai kecil-kecil lagi, sudah nampak handsome Rizqy ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk kedua-dua perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Ala ger4m ayang untie ni.. handsome boy. Cemeyyy nye.. Zafran.. semoga membesar menjadi seorang yg cemerlang .. gemilang.. terbilang.. ”
” Ya Allah tembamnya lahaiii.. Ikut muka uncle jaa dia yg single itu haha . Comel baby hehe.. hensem n comelnye baby zafran.. moga membesar dngn sihat selalu.. jadi anak soleh untuk ibu ayah.. aminn.. ”
” Finally reveal handsome boy ni. gebunya awak Zafran, comel terlajak comel ni. Dengan lesung pipit dia tu.. melt1ngnya tengok.. ”
” Muka uncle Jaa bethol dia ni eiii ger4m.. sebijik muka Jaa haha.. handsome nya baby, sure handsome bila dah besar nanti.. ”
” Comelnya dia.. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang Soleh. Aamiin.. semangat betul, double chin tu cute.. ”
” Gebu handsome nya awak Zafran. Semangat betul badan, sedap pel0k ni. lesung pipit tu yang mahal.. ”
” Masya Allah sebijik bapa sedara mukanya.. ni mesti perangai pun nanti sama g1la-g1la macam Jaa hehe.. comel sangat-sangat.. ”
Setelah beberapa bulan peminat Zaki menunggu untuk melihat wajah Rizqy El Zafran akhirnya tercapai. Tak puas melihat senyuman Zafran yang manis itu. Semoga baby Rizqy El Zafran menjadi anak yang soleh, membesar dengan sihat dan membawa kegembiraan buat kedua ibu bapa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zaki Azeman, IG Rizqy El Zafran
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti24 hours ago Artis / Selebriti24 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
									
