Artis / Selebriti
” Handsome betul lah dia, kecik-kecik dah pandai posing masa ambil gambar.. ” – Netizen
Gambar Throwback Anak Kedua Anzalna Nasir, Mohamad Emirhan Curi Perhatian Warganet. Alahai Posing Emirhan Buat Ramai Yang Cair Lah. Kecil-Kecil Lagi Dah Handsome Emirhan Ni !!
Umum mengetahui rumahtangga pelakon cantik Anzalna Nasir kini diserikan dengan kehadiran dua anak lelakinya iaitu Mohamad Eidress dan Mohamad Emirhan. Anzalna mahupun suaminya, Hanif Zaki dilihat suka berkongsi perkembangan kedua anak mereka buat tontonan umum.
Terbaru meninjau di akaun Instagram milik Anzalna, telah dimuatnaik gambar throwback Emirhan. Menerusi gambar tersebut, Emirhan telah mengenakan sepasang baju jersi berwarna hitam dan putih serta berkasut sport. Tulis Anzalna, baju tersebut dipakai hanya sekali oleh Emirhan dan sekarang sudah tidak muat.
Luah Anzalna lagi, Emirhan cepat membesar dan perkongsian ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan ‘cair’ melihat gaya Emirhan yang dikatakan kacak dan menyifatkan Emirhan seorang kanak-kanak yang pandai posing ketika gambarnya diambil.

Selain itu, ada juga berseloroh mahu mengambil Emirhan menjadi menantu kerana wajahnya dikatakan seperti jejaka Turki. Alahai Emirhan, ramai betul makcik-makcik di luar sana jadi tak keruan tengok kecomelan Emirhan. Comel sungguh Emirhan ni, kulit putih gebu.
Ikuti perkongsian gambar di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka memuji kecomelan Emirhan ketika bergambar. Antara komen-komen menarik adalah :
” Handsome betul lah dia, kecik-kecik dah pandai posing masa ambil gambar.. Aunty cair lah tgk hensemnye awk lah.. “
” Ohhhhhh myyyyyy… Rasanya next pregnancy kena jadikan anak Anzalna my wallpaper la hihi.. Mana tahu keluar handsome macam ni.. “
” Handsome betul menantu ibu lahhhh tibahhhhh, hahahahahaha.. Lahir comel, makin besar makin bertambah-tambah kacak lah.. “
” Terpaling handsome lah Emirhan.. Moga Emirhan membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat.. “
” Masyallah segaknya dia… Walaupun perut buncit sikit, hahahahaha.. Baru perasan Emirhan dgn Alicia (Avenys) muka seiras je.. Comel dua2.. “
” MasyaAllah tabarakallah.. Mabrook.. Comelnya anak Anzalna ni.. Tak jemu memandang.. Semoga menjadi anak soleh berjaya dunia Akhirat.. “
” MasyaAllah segaknya dia macam jejaka Turki lah, boleh lah booking jadi menantu.. Anak no 2 ni mmg vibes dia lain maciam kan.. “
Sekejap sungguh masa berlalu, pejam celik pejam celik, usia Emirhan kni sudah setahun lebih. Selain Emirhan, abangnya, Eidress yang berusia 4 tahun juga pandai bergaya. Apa-apa pun semoga Eidress dan Emirhan terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang baik buat mummy serta daddy mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG anzalnasir88
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen

