Artis / Selebriti
” Habis semua yang tanya bukan-bukan Ammar sekolahkan. Pakej tarbiah sekali, haha.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Ammar Ahyan menjawab komen-komen viewers ketika sedang live buat warganet terhibur. Banyak betul ‘Jangan ‘ dari boleh buat ni Amayan. Part jawapan Ammar bila tanya nak guna duit ASB untuk beli jeruk mangga tu kelakar, haha..
Demi memenuhi permintaan abahnya, anak sulung Dato’ Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan semakin aktif membuat live di applikasi Tiktok. Ammar diharapkan menjadi penyambung legasi D’Herbs dan meneruskan perniagaan yang diusahakan sejak sekian lama ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Me_media33, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan live Ammar. Berlangsung dengan tenang dan santai, Ammar melayani dan membawa satu persatu komen yang ditinggalkan oleh viewers yang mengikuti live tersebut.
Banyak soalan yang bukan-bukan yang diajukan, namun tetap Ammar jawab dengan penuh berhemah. Jika penjual lain tidak kisah pembeli menggunakan duit daripada sumber mana pun untuk membeli, berbeza dengan Ammar kerana dia cukup teliti dalam perancangan masa depan dan hukum agama.

Ada yang bertanya sekiranya ingin mengeluarkan duit pelaburan ASB untuk membeli jeruk mangga yang Ammar promosikan itu dan jawapan Ammar mencuit hati. Panjang lebar Ammar membebel dan memberikan nasihatnya. Seronok warganet mendengar jawapan-jawapan Ammar ini.
Jom tonton video di bawah :
@me_media33 😂Lawak-Ammar Ahyan Jawab Soalan Dari Netizen😂 #terlajaklaris #tiktok #viral #gosip #malaysia #fyp
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
@me_media33 😂Lawak-Ammar Ahyan Baca Komen😂 #fyp #malaysia #gosip #viral #tiktok #terlajaklaris
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Jgn guna duit asb itu duit pelaburan utk masa depan , jgn kita gadaikan masa depan kita utk beli jeruk.. Confuse ni seller ke financial consultant haha.. “
” Seumur hidup aku. ni 1st time tengok host mengajar sambil menjual. bagus nya amayan ni.. jangan gadaikan masa depan untuk beli jeruk ye guyss.. “
” Guna duit bini tak boleh. Kita sebagai suami provider katanya. Well done amayan, memang matang dan bernas semua jawapan Amayan ni.. “
” Saya yang financial consultant ni terus confuse dia ni jual jeruk ke tgh consult kewangan hahahahahaha. Good advice ammar.. “
” Banyak jangan dari yang boleh…. kesimpulanya hanya duit suami yang boleh… Nepotism semua abis keluar.. TikTok tlg la Bagi Award kat Ammar… sumpah best gila dia Jd Seller.. “
” Ya Allah, dia nk jual ke tak ni haha.. orang menjual jangan kisah orang tu punya duit Dari mane.. bagus betul Ammar ni bagi nasihat, nampak kematangan dia tapi lawak.. netizen plk suka nar menyakat Ammar.. Ammar bdak baik .. soft spoken.. “
” Pada saya tak lawak… Pada saya ini lah nasihat yg kita perlu kan.. Yg seller lain tak sanggup buat. Seller yg paling jujur.. bguslah ammar package tarbiah skali.. “
” Weh lawak dia tak habis-habis, bersambung-sambung haha.. sumpah lawak dia santai ooo tp sampai.. habis semua yang tanya bukan-bukan Ammar sekolahkan, haha.. “
Ammar sememangnya berbeza dengan penjual lain, pakej tazkirah tu paling mahal. Ini bukti asuhan dan didikan Dato’ Aliff dan Datin Shahida memang terbaik. Jawapannya matang dan soft spoken tetapi mendalam ke dalam hati. Bagus Ammar, anda memang seller paling jujur.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Me_media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti14 hours ago Artis / Selebriti14 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
