Artis / Selebriti
” Gitu je dia tarik kepala ayah dia. Mentang-mentang ayah tak ada rambut. Senang je cium kepala.. ” – Komen Netizen
Video reaksi anak Achey Bocey, Tiara Zinnirah yang sangat seronok ketika menerima kejutan hadiah tablet buat ramai terhibur. Macam tu je Tiara tarik kepala ayah dia nak cium tanda terima kasih. Tiara, Tiara, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Anne Achey iaitu isteri kepada Achey Bocey, perkongsian sebuah video yang memaparkan kejutan hadiah buat cahaya mata mereka, Tiara Zinnirah telah meraih perhatian ramai. Tiara telah dihadiahkan sebuah tablet.
Pada ketika video ini dirakamkan, mereka sekeluarga sedang menjamu selera di sebuah restoran. Hadiah buat Tiara telah diletakkan di atas meja. Pada mulanya Tiara tidak perasan. Melihatkan hadiah tersebut, Tiara begitu gembira lantas mencium ibu dan bapanya. Wah, seronoknya Tiara dapat hadiah.
Paling mencuri perhatian ialah gelagat Tiara yang terus menarik kepala Achey lalu menciumnya. Pastinya Achey juga tidak menyangka Tiara akan bertindak sedemikian. Tiara mencium di kepala bapanya yang botak dan kemudian memeluk serta mencium ibunya pula.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Di ruangan kapsyen, Anne meluahkan rasa kasih dan sayangnya kepada Tiara yang merupakan satu-satunya penghibur hati mereka.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Punya tahap tertinggi sayangnye kat ayah die ..cium atas kepala terus. dia macam – wa sayang lu bro.. ank pmpn kan…buatla apo pun…bpk okeh je.. “
” Gitu je dia tarik kepala ayah dia jadi anak solehah aamiin yrb murah rezeki.. Mentang2 ayah x ada rambut senang je cium kepala..comel tiara.. “
” Adoiii tiara.. tiara..anak bertuah ayah… mcm gitu jer dia tarik pala nk cium ayah dia… semoga kasih sayang ni terus berkekalan hingga ke syurga.. aminn.. “
” Fuhhhh part dia tarik cium kepala ayah dia tq bro..tq bro.. Terus cium gondola ehhh,,,titik kelemahan ayah tuu.. hahaha.. “
” Risauuu tgk dia tarik kepala bapak dia aduiiii tiara.. Macam gitu je dia cium kepala ayahnyaaa.. Anak bertuah acheykintangkintung ..moga jdi ank yg solehah.. “
” Tinggi Nye rasa syg tiara utk mak ayah dia cium kat kepala teruih noh.. tang kepala jugak yg best nk ciom ye tiara .. ”
” Dia paut kpala bapaknya, trus cium…high class pnya syg kat bapak dia hahaha. rezki tiara…ada ibu & ayah yg sangat prihatin & sayang dier sgt2…syafakallah.. “
Wah, nampaknya selepas ini Tiara boleh lah membuat live sendiri. Tetapi perlu sentiasa beringat untuk tidak leka bermain dengan tablet. Semoga Tiara Zinnirah membesar menjadi anak yang baik, taat dan solehah buat kedua ibubapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Anne Achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen


