Artis / Selebriti
” Girl rupa daddy, boy rupa mommy.. ” – Komen Netizen
Video Terbaru Anak-Anak Intan Ladyana Dan Harris Alif Raih Perhatian Ramai. Alahai, Makin Cantik Dan Comel Kakak Evie. Adik Pula Makin Bambam, Cute Sangat !!
Meninjau ke akaun Instagram Harris Alif, posting terbaru Harris telah meraih perhatian ramai. Harris memuatnaik sebuah video yang memaparkan kedua orang cahaya matanya iaitu Evie Khadeeja dan Harris Umayr dengan kapsyen yang bertulis ‘ Rindu ‘.
Dalam video tersebut Umayr kelihatan berada dalam dakapan seseorang, manakala Evie pula berdiri di sebelah. Apa yang mencuit hati apabila kamera diarahkan kepada Evie secara automatik Evie terus memberikan pose istimewa. Alahai, comel betul.
Ada yang menyatakan wajah Evie banyak mewarisi wajah bapanya, manakala wajah Umayr pula banyak mewarisi wajah ibunya. Bak kata orang, sejuk rumahtangga apabila anak perempuan mewarisi wajah bapa, manakala anak lelaki pula mewarisi wajah ibu.

Perkongsian ini telah menerima lebih 4 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Siapa tidak rindu dengan dua orang anak secomel ini. Pastinya Harris sibuk dengan urusan kerja menyebabkan Harris terpaksa berjauhan seketika.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang geram melihat wajah comel kedua adik beradik ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Evie becoming more and more like intan now.. Beautiful & adorable.. Girl rupa daddy boy rupa mommy.. SubhanaAllah..Both of u so cute.. “
” Cute yer ank2 intan dan haris.. Cutenye baby.. Anugerah Allah. Comey nya. Makin besar makin cantik anak dara ni .. comel.. “
” MashaAllah comelnya dan cantik semoga membesar ngn sihat dan menjadi anak yg soleh . Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal Aalamiin .. “
” Alhamdulillah… Semoga bby comel ni sihat membesar jadi Anak yang Sholeh Berjaya Duniawi Ukhrawi. Aamiin Allahumma Aamiin.. “
” MasyaAllah … Subhanallah encemnyaa dia.. kaka pun comel.. Plengkap mommy n daddyyyy… smoga kekal bhgia slmanya buat kak intanladyana dan suami..Amen.. “
” Comelnya evie, Evie tanpa sepit kecik-kecik rasa tak lengkap .. Alolo kakak pon….cute nya.. alahai comei nyaa semua chinese look.. “
” Handsome baby boy anak soleh ni.. baby boy mata bulat dan handsome.rezeki dah dapat sepasang anak.. dua dua comel.. “
Alahai, memang comel kedua-dua cahaya mata Harris dan Intan ini yang menjadi pelengkap rumahtangga mereka. Semoga Evie Khadeeja dan Harris Umayr membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya dalam kehidupan. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Harris Alif
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

