Artis / Selebriti
” Geram pulak tengok kejadian tu. Siapa rosakkan Tokti kita ni, hehe.. ” – Komen Netizen
Video POV Dato’ Seri Siti first day as content creator buat ramai terhibur. Baru excited nak tengok result video yang Tokti rekod tu. Sekali hasilnya buat ramai geram. Nasib baik Tokti cantik, hehe..
Sebut sahaja nama Dato’ Seri Siti Nurhaliza, pasti ramai yang mengenali dan meminatinya. Penyanyi tersohor negara ini bukan sahaja terkenal dengan suara emasnya, malah sering menjadi perhatian warganet setiap kali berkongsi perkembangan terkini di media sosial.
Terbaharu, menerusi akaun Instagram rasmi officialsimplysiti, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sisi lain diri DS Siti. Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai dan menjadi perbualan hangat di kalangan pengikutnya.
Menerusi video berkenaan, konsep yang ditampilkan adalah “POV: first day as content creator” oleh DS Siti. Idea yang dibawakan dilihat santai, namun cukup menghiburkan, memperlihatkan DS Siti mencuba sesuatu yang berbeza daripada kebiasaannya.

Apa yang lebih mencuit hati adalah hasil rakaman video yang dirakam oleh DS Siti itu. Rupa-rupanya DS Siti merakam videonya sendirinya menggunakan kamera hadapan, bukannya merekod video produk yang berada di hadapannya. Memang plot twist, nasib baik DS Siti cantik, tak jadi peminat nak marah, hehe.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video tersebut dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alohhh comey sungguh laa, hehe.. Nk marah tapi cantik.. Nak marah tapi cantik. Layan je la, hehehe…”
” Geram plak tgk kejadian tue… Muahahahahaha siapa rosakkan kak iti kita nihhhhh, haahah comel sangat.. “
” Kesian yg membantu beriaaa susun barang skali kena scam, hahahaa last2 muka depan je dapat hahaaha.. “
” Lahhhh.. Baru excited nak tgk result product hhhaa.. Tapi sbb video muka cantik sgt , ok kita lurveee sangat… “
” Bila dah 40 series ni.. Memang keje nak melawak je kan.. Tak pernah tak cantik lah Tokti ni.. Suka lah tengok.. “
” Sejak2 eksiden kechil hari tu dia mcm ada benda lain merasuki ya… Ada rosak mana2 ke biduanita kita ni haha..”
” D sbbkan rupa dia sama macam pnyanyi no syatuwww negara. Saya bagi lulus.. Kalau macam ni hari-harilah ambil tokti buat content.. “
Ramai yang terhibur dengan perkongsian tersebut dan memuji keperibadian DS Siti yang sentiasa merendah diri walaupun berada di puncak populariti. Jelas sekali, aura DS Siti terus kekal relevan dan disenangi ramai tanpa mengira peringkat usia.

Silakan SHARE..
Sumber : IG officialsimplysiti
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

