Artis / Selebriti
” Geram lah dengan Seth, nak RXZ pulak. Amboiii dia, haha.. ” – Komen Netizen
Video reaksi anak Shila Amzah, Seth Uwais apabila melihat papanya, Ubai membeli sebuah motosikal EV buat ramai terhibur. Alahai, excited betul Shila dapat bawa motor. Part Seth minta motosikal RXZ tu paling kelakar, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik Ubai, telah dikongsikan video yang memaparkan Ubai telah membeli sebuah motosikal EV. Menerusi video itu, pada awalnya Ubai pergi mengambil motosikal tersebut seorang diri tanpa ditemani oleh isterinya, Shila Amzah.
Setelah itu, Ubai membawa pulang motosikal tersebut dengan menaiki sebuah van. Kepulangan Ubai disambut oleh Shila dan dua orang anak mereka. Shila telah menutup mata anak sulugnya, Seth dan minta Seth meneka apa kejutan yang diberikan oleh Ubai kepada mereka.
Telatah Seth ketika melihat motosikal tersebut sangat mencuit hati. Seth berkata motosikal tersebut adalah motosikal RXZ. Bukan itu sahaja, Ubai juga menyuruh Shila untuk mencuba menunggang motosikal dan Shila kelihatan begitu teruja. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang mengatakan suka melihat cara Ubai membahagiakan keluarganya. Bukan itu sahaja, di akhir video eth meminta Ubai untuk membeli motosikl RXZ pula selepas ini. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Ubai menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Seth, Seth, kelakar betul dengar awak cakap, haha.. Seth maintain dgn rxz dia dari dulu. Pengaruh papa kuat tu. Habislah Ubai, pasni shila senyap2 ride pergi kedai eco.. “
“Geram lah dengan Seth, nak rxz pulak. Amboiii dia, haha…. Habes nanti rambut papa karang nanti anak oii, hahaha.. “
” Papa saya nak rxz jugak, hahaha win betul Seth ni, tak terjangkau apa yang dia minta tu, mesti tengok papa dia ni.. “
” Comel la Ubai selalu bagi shila try and experience benda2 yg Shila tak pernah buat dalam hidup dia.. Major green flag.. “
” Serious tgk Shila skarang happy. She lost the stress weight, muka nampak muda and shes generally happy. Nampak betapa pasangan yang betul dapat heal kita dri dalam.. “
” Yang last tu kena tunai kan ke tidak, hahaha pandai lah Seth minta, hehee mesti nai pening si papa.. So happy tengok keluarga ni, bahagia.. “
” Papa seronok la ank minta rxz padahal papa dh ajar srh minta rxz, kan, kan, hehe.. Bgusnya ubai, berubah trus hdup shila.. Byk mcuba bnda2 yg baru, semoga trus bahagia.. “
Sebelum ini Seth pernah meminta Shila dan Ubai untuk membeli sebuah kereta Perodua Myvi untuk dirinya. Apa-apa pun, seronok tengok keluarga ini bahagia dengan cara mereka sendiri. Semoga Ubai dan Shila terus bahagia bersama anak-anak selama-lamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ubaihani, TikTok ubaihani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

