Artis / Selebriti
” Gedik-gedik dia menari tu menjadi, sebijik gedik Sarah. Tak semput suara, syok tengok.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Thalita mendendangkan lagu Dag Dig Dug di konsert minggu ketiga Talk To My Manager. Fuh hebat lah Thalita buat remake lagu Haiza ni. 1st time bawa lagu dangdut, tapi gempak habis. Past akhir tu amazing sangat. Patut lah jadi juara lagi minggu ni..
Rancangan realiti hiburan, Talk To My Manager telah pun memasuki minggu ketiga. Ramai peminat siri TV ini setia menanti di depan kaca TV untuk menonton persembahan peserta kegemaran masing-masing. Antara peserta kesukaan ramai pastilah Thalita.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Siti Sarah Raissuddin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Thalita membawakan lagu dendangan Haiza berjudul Dag Dig Dug. Menurut Thalita, sepanjang hidupnya ini kali pertama dia membawakan lagu dangdut.
Kemunculan Thalita dari bawah pentas bersama penari membuatkan dewan gamat dengan sorakan. Satu kelainan yang dibawakan oleh Thalita dan Shuib. Thalita memulakan nyanyiannya dengan menyanyi betul-betul di hadapan juri, Che Puan Sarimah dan Jaclyn Victor.

Penguasaan pentas, eye contact dan gaya Thalita bergelek, semuanya menjadi kali ini. Kekuatan vokal Thalita pula begitu mengagumkan dan semakin banyak kemajuan. Aura Siti Sarah jelas terlihat dalam diri Thalita, suara pun seakan-akan serupa dengan suara Sarah. Hebat lah Thalita, semua juri pun memuji Thalita.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Thalita amazing sangat.. Masha Allah, suara arwah ibu ada dalam jiwa Thalita.. Klau arwah ibu dia masih ada, mesti dia yg paling bangga and paling happy tgok anak prempuan dia satu2 nya yg ada bakat mcam ibu dia suka nyanyi.. “
” Talita menari mcm ibu.. goyang bahu tu ada aura ibu.. kalau ada arwah sarah mesti best ni.. Alhamdulillah suara & tone thalita makin sedap mggu ke mggu . go thalita, u can do it bravoooo.. “
” Lunaknya suara. Mewarisi kelebihan arwah ibunya.. thalita tak pernah mengecewakan.. sape yg buli thalita tu mengelupur lah kau dia sana hahahahahahahaha.. “
” I love ur showmanship makin mantopppp.. Minat arwah ibu awak, skrg sy minat awak jgk Thalitaaaa. Will always rooting for you.. “
” Phenomenal performance Thalita.. Terbaik manager shuib.. Arrangement tarian tanpa gelek melampau.. Sesuai utk umur thalita.. Terbaik thalita.. “
” When i saw Thalita seperti tgk arwah Siti Sarah. Good job Thalita. Suara thalita ni bukan suara budak2 menyanyi…mmg suara mcm pyanyi dewasa.. “
” Bukan senang nak kawal Nafas sambil narı gudjob talita.. ni bukan setakat dangdut, complete dengan aksi lagi.. aura thalita tu mahal.. “
” Gedik-gedik dia tu sebiji gedik arwah maknya erk. Habis lah baby Shima lepas ni, tak boleh cari makan hehe.. “
“Hebat umur baru 12 tahun.. paling muda.. Klu ikutkan muzik ni lagak laju. susah jugak nak mask tempo… tp thalita ni.. tempo dia bagus.. hebat… gaya dia aduhai. Syok tgk.. Gedik2 menari tu menjadi.. X da semput suara dia.. Tahniah thalita.. “
Thalita membuktikan dirinya ada bakat nyanyian dan bukan hanya menumpang populariti Siti Sarah. Tidak mustahil dengan vokal Thalita yang mantap ini Thalita akan menjadi penyanyi hebat seperti ibunya. Teruskan usaha Thalita untuk konsert minggu akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sarah Raissuddin, IG Astro Gempak, TT Hlive,TT Sooka Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

