Artis / Selebriti
” Gan4s yer sanit1ze barang tu.. ” – Netizen
Video Gelagat Aaisyah Dhia Rana Mensanitas1kan Barang Yang Diterimanya Buat Ramai Terhibur. Amboi, Bukan Main Lagi Dia Punya Sental !!
Si cilik Aaisyah Dhia Rana tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau sememangnya popular sama seperti ibunya, Rozita Che Wan dan juga bapanya, Zain Saidin. Lihat sahaja jumlah pengikut di laman Instagramnya yang begitu ramai hingga mencecah 1.5 juta orang.
Aaisyah sering digelar anak selebriti yang paling cantik kerana wajahnya yang comel mewarisi kecantikan ibu dan bapanya. Malah ada juga yang menyamakan wajah Aaisyah seiras dengan pelakon Bollywood, Harshaali Malhotra yang memegang watak Munni.
Disebabkan kecomelan Aaisyah, dia banyak menerima tawaran untuk menjadi duta beberapa produk. Tambahan pula Aaisyah sememangnya pandai bergaya dan gemar sentiasa kelihatan cantik. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Memang anak Che Ta sangat kan !

Menerusi akaun Instagram, video Aaisyah telah dikongsikan di mana Aaisyah menerima satu bungkusan yang merupakan hadiah buatnya. Gelagat Aaisyah mensanitasikan bungkusan tersebut buat ramai terhibur. Wah, bagus sangat Aaisyah ingat untuk menjaga kesihatan.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Aaisyah. Antara komen-komen mereka :
” Cantik betul muka c ecah ni.. Sejuk mata memandang.. “
” Gan4s ye sanitize barang tu.. “
” Klu auntie dpt brng terus basuh pas tu baru buka plastik tu.. Aaisyah bijak la.. “
” Bila tgk aisyah mcm anak auntie.. pe’elnya.. boleh jd bff.. huhu.. “
” Good girl aaisyah keep clean .. “
” Dah pandai.. “
Wah, beria Aaisyah menyapu cecair pembasm1 kum4n pada bungkusan yang dia terima. Baguslah demi menjaga kebersihan dan kesihatan. Agak-agak apalah hadiah yang Aaisyah terima tu. Mesti menarik sangat. Semoga Aaisyah sentiasa sihat. Jaga diri !!

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aaisyah Dhia Rana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

