Artis / Selebriti
Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Dan Cukur Jambul Anak Kedua Emma Maembong, Syakil Aryan Shah
Cantiknya Emma Berselendang, Nampak Ayu Sangat. Baby Aryan Pun Makin Comel Lepas Cukur Rambut, Bulat Betul Mata Dia Tu. Kecil-Kecil Lagi Dah Handsome Macam Abang Shariq Arshan Gabriel !!
Pada hari Rabu baru-baru ini, pelakon cantik Emma Maembong telah pun selamat melahirkan cahayamata keduanya seorang bayi lelaki secara normal. Berita itu dimaklumkan sendiri oleh suami Emma, Shazli Azhar di media sosial miliknya.
Untuk kelahiran kali kedua ini, Emma secara terbuka berkongsikan wajah bayinya itu yang diberi nama sebagai Syakil Aryan Shah. Comel, itu yang diperkatakan oleh warganet setelah melihat wajah baby Aryan.
Meninjau Instastory milik Emma, telah dimuatnaik beberapa keping gambar dan video yang memaparkan suasana ketika berlangsungnya majlis aqiqah dan cukur jambul baby Aryan. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan artis yang lain.

Mengikut sunnah, majlis aqiqah dan cukur jambul diadakan dalam 14 hari dari kelahiran si bayi. Dapat dilihat rambut baby Aryan dicukur sehingga botak. Ada rambut mahu pun tidak, wajah si kecil Aryan ini comel sekali tak ubah seperti abangnya, Shariq Arshan Gabriel.
Jom lihat perkongsian di bawah :





Selesai sudah majlis aqiqah dan cukur jambul baby Aryan. Walau pun hanya bersama sanak saudara dan rakan-rakan terdekat Emma dan Shazli, ianya tetap berlangsung dengan meriah dan semua yang hadir gembira.

Semoga Syakil Aryan Shah menjadi anak yang soleh selalu, anak yang sering berbakti kepada kedua orang tuanya, yang tinggi budi pekertinya serta kebanggaan keluarga apabila dewasa kelak. Selamat berpantang Emma dan cepat sembuh.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Emma Maembong
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

