Artis / Selebriti
Gambar Sambutan Hari Lahir Anak Bongsu Datuk Haji Aznil Haji Nawawi, Firdaus Hariz.
Wahhh Tak Sangka Pak Nil Ada Anak Yang Masih Bersekolah Lagi. Handsome Juga Orangnya !!
Nama Datuk Haji Aznil Haji Nawawi sudah tidak asing lagi dalam dunia seni. Lebih mesra dipanggil Pak Nil, Pak Nil sudah lama berkecimpung dalam industri hiburan sejak dari tahun 1990 an lagi. Pak Nil juga mempunyai pelbagai bakat termasuk sebagai pengarah, pelakon, penyanyi, pengacara dan penyampai radio.
Walaupun begitu Pak Nil lebih menyerlah dalam dunia pengacaraan dan antara rancangan yang membuatkan Pak Nil semakin dikenali ialah Akademi Fantasia, Tom Tom Bak dan Macam-Macam Aznil. Pak Nil juga seorang yang sangat komited dalam kerjayanya.
Meninjau ke akaun Instagram, Pak Nil jarang sekali berkongsi tentang keluarganya. Pak Nil lebih gemar berkongsi tentang kerjaya serta isu-isu semasa kepada para peminatnya. Untuk pengetahuan, Pak Nil mempunyai tiga orang cahaya mata hasil perkahwinannya dengan bekas isterinya, Zauyah Tarmizi.

Mereka ialah Fildza Haifa, Fariq Haizen dan Firdaus Hariz. Antara entri terbaru di akaun Instagram Pak Nil, Pak Nil telah memuatnaik beberapa gambar sekitar sambutan hari lahir anak bongsunya, Firdaus Hariz yang lebih mesra dipanggil Riz.
Jom kita lihat perkongsian di bawah :
https://www.instagram.com/p/CFUufMUHVWQ/
https://www.instagram.com/p/CFVGaIvnVnx/
Riz telah menyambut hari lahirnya yang ke 12 tahun dan Pak Nil telah menempah kek yang sangat unik sekali iaitu berbentuk permainan PS4. Sekali imbas nampak seperti PS4 yang sebenar dan pastinya kej0tan ini menggembirakan si anak.
Pastinya ramai tidak menyangka bahawa Pak Nil masih mempunyai anak yang masih bersekolah rendah lagi kerana wajah Riz jarang sekali ditayangkan kepada umum. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Firdaus Hariz. Semoga terus berjaya dan menjadi anak yang membanggakan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Datuk Aznil Haji Nawawi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Macam mana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mak dia pun sampai keluar air mata ketawa tengok Amayan, kita lagi lah berdekah.. ” – Komen Netizen


