Artis / Selebriti
” Gabungan suara yang hebat, tak puas dengar.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Nyanyian Duet Shuib Sepahtu Bersama Isterinya, Siti Sarah Raissuddin Raih Perhatian Ramai Peminat. Wah Memang Terbaik Duet Suami Isteri Ni !!
Pelawak yang kini antara usahawan berjaya, Shuib Sepahtu semakin berkembang maju perniagaannya. Shuib dan pasangannya, Siti Sarah Raissuddin juga bakal menimang cahayamata ke 4 mereka tidak lama lagi.
Meninjau akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan nyanyian Shuib bersama Siti Sarah untuk program Melet0p. Lagu berjudul ‘ Semakin Benc1, Semakin Cinta ‘ ini adalah single duet baru yang dihasilkan oleh komposer terkenal, Ajai.
Tulis Shuib di kapsyennya, ramai yang mengatakan itu bukan suara sebenarnya dan hanya auto tune. Selain nama Siti Sarah, Shuib turut tag nama Ajai di kapsyennya itu. Mendengar pada klip video ini, memang terbaik gandingan suara suami dan isteri ini.

Bagi yang mengikuti laman sosial Shuib pastinya pernah mendengar Shuib berkaraoke di rumah. Malah ketika di program komedi, Sepahtu Reunion juga suara Shuib menyanyi juga selalu dipertontonkan untuk peminat.
Jom tonton video di bawah :
https://www.instagram.com/p/CQdq3JglVm0/
Menerusi akaun Instagram Ajai pula, video yang sama dimuatnaik oleh Ajai. Ajai turut memberikan komentarnya berkenaan suara Shuib ini. Wah lagu berh4ntu oleh Ajai digabungkan dengan suara merdu Shuib dan Siti Sarah, tidak mustahil boleh jadi siulan ramai selepas ini.
Nyanyian Shuib dan Siti Sarah ini telah mendapat perhatian daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang sudah mendengar keseluruhan lagu ini :
” Sangat sedap suara Shuib ni. Suara Sarah semestinya merdu. Betul kata bang Ajai, dengar sekali nak dengar lagi.. “
” Wow, Shuib has amazing voice. nice nice nice, lirik pun sangat menyentuh perasaan. Jat0h cinta dengar ni je pun dah macam wow sangat.. “
” Btl bang suara shuib ni best sbnrnya. Sy plg suke dengar dia nyanyi lagu2 dr seberang. Tu mmg fav song dia.. “
” Terbaik bakal melet0p nanti. Gabungan suara yang hebat tak puas dengar. Kena pulak lagu dari komposer berh4ntu macam Ajai, fuhh mantap.. “
” Suara Shuib memang sedap ada tone dia tersendiri. gabung pulak dengan sarah memang let0pan la. Abang Ajai punya lagu tak pernah tak best.. “
” Alala so sweet, sedapnya suara Shuib. Awat mendayu sangat suara, dengar terus rasa seb4k weh. Sesuai sangat gandingan ni.. “
” Telan microphone ke tu dua-dua ni, sedap hala suaranya. Ni baru betul orang panggil suara telan kaset, suara padu dan sedap di dengar.. “
” Wow, duet level Kris Dayanti dan Anang dulu. Memang sedap dan berbakat lah Shuib. Ni bukan auto tune bang, ni auto padu.. “

Lirik yang hebat, dinyanyikan pula oleh penyanyi yang berbakat, memang ramai peminat yang memuji suara pasangan ini. Apa pun, Shuib memang ada keunikan suaranya yang tersendiri. Semoga terus success dalam semua lapangan yang diceburi Shuib dan Sarah.
Untuk mendengarkan nyanyian penuh lagu ini, sila kl1k di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu, byajai, Youtube Channel Indigital Music
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
