Artis / Selebriti
” Fuhhh, memang power lah Watie nyanyi lagu ni. Part tarik tu kita dengar pun jadi meremang.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Thalita dan Watie Hanifiah berduet menyanyi lagu Nadeera, Bukan Lagi Kita raih pujian ramai. Wah sedapnya suara Watie, sesuai menyanyi lagu ni. Gandingan duet yang padu dengan Thalita. Part tarik tu meremang dengar..
Meninjau di akaun Instagram milik isteri pelawak Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah, telah dikongsikan video yang memaparkan Watie bersama anak perempuan Shuib, Thalita. Menerusi video itu, pada awalanya Watie sedang mencuci wajahnya di tandas.
Kemudian, datang Thalita mengajak Watie untuk berkaraoke bersama menyanyikan lagu bertajuk Bukan Lagi Kita, nyanyian asal oleh penyanyi Nadeera. Pada awalnya, Watie menyanyikan dahulu dan kemudiannya disambung pula oleh Thalita.
Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa suka dan memuji suara Watie begitu merdu membawa lagu tersebut. Bukan itu sahaja, ada juga mengatakan suara Thalita semakin sedap selepas menghadiri kelas vokal.

Komen warganet lagi, mereka tidak menyangka Watie juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Watie itu telah menerima ratusan komen dan lebih 9400 tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ratara-ratanya menyukai perkongsian video ini dan ramai yang memberikan pujian. Antara komen-komen menarik adalah :
” Woww, serius sedap betul suara mummy. Bergabung pula dengan Thalita, memang meletop lah.. Boleh buat album lah mummy n Thalita kalau macam ni.. “
” Mak tiri palingggg bahagia ni. Anak anak semua layan macam mak sendiri. Bahagia selalu, orang baik, Allah akan balas perkara yang baik untuk diri dia.. Alhamdulillah.. “
” Igt mummy miming rupanya suara btul ok nt konsert dekta duet dgn mummy buat penampilan khas.. Serius sedap sangat dengar.. “
” Ya Allah sedap nyerr suara dua beranak niii.. Rupanya mummy ni ada bakat jga dalam bidang nyanyian.. Suka lah tengok mummy n dekta.. “
” Bestnya dengsr suara Watie, sedap lah.. Alaaaaa tak habis pun nyanyi, nak dengar lagi… Tak puas dengar suara merdu Watie dan Dekta.. “
” Nyanyi dalam toilet pun merdu betul.. Fuhhh, memang power lah Watie nyanyi lagu ni.. Tarik tu kita dengar pun jadi meremang.. “
” Sedapnya suara mummy.. Duet jela mummy dgn dekta buat lagu.. Dekta sekarang pun suara makin power lah lepas pergi kelas vokal.. Terbaik lah.. “
Sedapnya suara Watie dan Thalita membawa lagu Bukan Lagi Kita. Apa-apa pun, ramai yang tumpang seronok melihat keakraban Watie dan Thalita. Layanan Watie kepada anak-anak Shuib saling tak tumpah seperti seorang ibu dengan anak kandung sendiri.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
