Artis / Selebriti
” Fuh fluent betul Ben cakap tagalog, terbaik lah.. ” – Netizen
Video Ben Amir Cakap Bahasa Tagalog Ketika Bercuti Di Pulau El Nido Filipina Buat Peminat Kagum. Wah Dah Macam Orang Sana Lah Ben. Fasih Sungguh, Syok Dengar !!
Ben Amir antara hero Malaya yang mempunyai ramai peminatnya. Seorang yang suka mengembara ke negara asing, Ben seringkali berkongsikan video-video yang menarik setiap kali keluar bercuti ke luar negara mahu pun dalam negara.
Meninjau entry terbaru Ben di akaun Instagram miliknya, telah dikongsikan suasana ketika Ben membuat island hopping di Pulau El Nido. Cantik, bersih dan cukup menarik pemandangan sekitar pulau ini. Patut lah ramai yang datang bercuti ke sini.
Apa yang menariknya, Ben bercakap dalam bahasa Tagalog diselang-selikan dengan bahasa Melayu. Mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut Ben membuatkan warganet kagum. Wah hebatnya Ben, tak sangka boleh berbahasa Tagalog.

Ramai yang suka mendengar kefasihan Ben bercakap dalam bahasa ini. Siapa sangka pelakon kacak ini begitu lancar dan tidak pelat berbahasa asing. Seronok betul Ben dapat bercuti di pulau yang menenangkan ini. Bercuti seorang diri pun tetap ceria.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Ben ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet dan antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Baru tau ben amir tahu cakap tagalog.. Fuh Fluent betul, terbaiklah.. Lepas ni buat vid yg ada subtitle okayy.. ”
” So amazing.. subtitle subtittle mat.. makcik dengar mencarut-carut jer hahaha. Makin fasih ye cakap sekarang.. ”
” Tolong letak subtitle ben amir.. penat weh nak guna google translate.. ke laut jadi nya sarikata aku ni haha.. ”
” Eh PakLong. Jauh healing tinggalkan Mia… Enjoy.. mahal kita, tiber tu je aku tahu hahaha.. ”
” Makin fasih eh Ben.. buat-buat faham jela ye semua.. yang penting tempat memang cantik weyh.. ”
” Makin handsome bila Ben cakap tagalog.. bestnya cantik tempat tu.. macam nak pergi je hehe.. ”
” Mmg ben boleh ckp philiphine ek ? Terus teringat watak leo dlm sanay wala nang wakas yg ben pernah bawak dalam drama kisah cinta kita. Tama iyan.. ”
Hebat Ben bercakap bahasa Tagalog ini, sudah boleh menjadi pemandu pelancong dekat sana. Apa-apa pun, memang cantik lokasi percutian Ben ini. Harap selepas ini lebih banyak perkongsian video-video percutian Ben ke destinasi-destinasi lain selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ben Amir
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman



