Artis / Selebriti
” First time tengok Che Ta tanpa makeup. Wah macam kembar Dato’ Vida.. ” – Netizen
Video Rozita Che Wan Tanpa Makeup Dan Bulu Mata Palsu Cur1 Perhatian Warganet. Eh Mat1-Mat1 Ingat Dato’ Seri Vida, Dah Macam Kembar. Memang Sama Betul, Bezanya Yang Ini Versi Kurus. Komen Balas Che Ta Pun Lawak !!
Bukan selalu warganet dapat melihat wajah ratu bulu mata, Rozita Che Wan atau Che Ta tanpa bulu mata palsu dan makeup. Selalunya Che Ta akan berkongsi gambar atau video yang memaparkan wajahnya lengkap dengan solekan dan bulu mata palsunya.
Berbeza kali ini apabila Che Ta memuatnaik satu video dirinya tanpa secalit solekan. Cantik, polos dan bersih sungguh wajah Che Ta. Tanpa bulu mata palsu dan solekan tebal, Che Ta kelihatan seperti berusia 30an sahaja seperti yang dikomen oleh warganet.
Ramai juga yang mengatakan wajah Che Ta tanpa makeup kelihatan seperti usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida. Jika sekali pandang, memang nampak begitu seiras wajah Che Ta dengan Dato’ Seri Vida tetapi DS Vida yang sudah kurus.

Pujian juga diberikan kepada Che Ta kerana berani tampil tanpa makeup. Cantik semulajadi, patut lah adik iparnya Lan Pet Pet memuji kecantikan Che Ta tanpa sebarang makeup baru-baru ini. Berbeza sangat wajah Che Ta tanpa bulu mata palsu dengan selepas memakai bulu mata palsu, namun yang pasti lebih cantik tanpa makeup yang tebal.
Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka
” Seumur hidup first time tgk che tah tanpa makeup. Akhirnya penantian.. muka asli dia cantik Gila dari bermake up.. ”
” Baru tau muka che ta tanpa make up macam dato vida versi kurus.. ingat dsv tadi, sekali tengok nama chet ta.. ”
” Che Ta guna filter muka dato’ sri vida ke.. serupa weh muka dsv.. yang penting tak makeup lagi nampak muda.. ”
” Lawa gila.. takde contact lens eye lash semua. Che ta ni nampak muda takde mula mata over-over.. ”
” Dia tak makeup lagi lawa nampak lebih muda.. cantik x makeup.. cuma nampak pelik mungkin selalu tengok muka che ta makeup je kot.. tapi dua2 cantik.. suka tengok dia ni.. ”
” Che ta tak makeup nampak muda.. beza betul ada bulu mata dengan tak ada bulu mata.. bila tilik lama-lama macam dato vida versi kurus.. ”
” Muka asal Che Ta, lawanyaa kulit bersih.. Aku ingat dato vida dah kurus tadi. Rupanya Che Ta.. ”
Che Ta juga ada menjawab salah satu komen warganet. Alahai sporting sangat Che Ta ni.

Memang sekilas pandang nampak seperti Dato’ Seri Vida. Kalau bersebelahan, mungkin orang ingat kembar. Apa-apa pun, semoga Che Ta dalam rahmat Allah selalu dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah serta bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rozita Che Wan, IG DSV
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman



