Artis / Selebriti
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video majlis Bachelorette Usrah Amira Othman bersama sahabat-sahabat terdekat curi perhatian warganet. Biasa orang buat bachelor party, yang ini memang lain daripada yang lain, tersentuh tengok rakan-rakan usrah menangis..
Majlis Bachelorette selalunya akan diadakan untuk meraikan hari-hari terakhir bakal pengantin wanita sebelum mengakhiri zaman bujang. Masa dan kesempatan yang ada diluangkan bersama rakan-rakan terdekat untuk mereka berbual mesra dan melakukan aktiviti yang menggembirakan.
Bagi bakal pengantin sensasi, Amira Othman, majlis ini juga diadakan tetapi dalam versi yang berbeza daripada kebanyakan yang dilakukan oleh orang lain. Majlis Bachelorette Usrah, itu yang terjadi dan pada majlis khas tersebut, ramai rakan-rakan artis yang seringkali menyertai majlis usrah bersama Amira diundang.
Antara yang kelihatan adalah Betty Rahmad, Nora Danish, Bella Astillah, Nabila Razali, Hawa Rizwana dan ramai lagi. Mereka berkumpul pada 3 September baru-baru ini semuanya kelihatan begitu gembira. Amira juga kelihatan cantik dan berseri-seri. Masing-masing khusyuk mendengar ceramah daripada ustazah.

Sambil tersenyum dan ketawa, ada juga terselit moment menyentuh hati antara semua peserta Usrah. Beruntung Amira kerana di kelilingi orang-orang yang baik dan ada aura yang positif. Mungkin ada sesuatu yang diucapkan oleh ustazah sehinggakan semua berlinangan air mata.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Love u mira syg, tiada lain melainkn doa yg terbaik utkmu dunia akhirat.. First time tgk bacheloratte diisi dgn usrah. Moga ni jodoh terbaik utk amira Othman dan kali terakhir utk fattah amin.. “
” Amin amin. Ni baru betul kawin kerana Allah.. moga kak long jd yg terakhir utk bang long sampai syurga.. Syukur alhamdulillah amiraaothman dikelilingi org yg baik2 ramai sayang dia sahabat dunia akhirat.. “
” Bak kata amira ,” perkahwinan adalah perjalanan menuju ke SYURGA ” didoakan mereka berdua kekal sampai ke akhir hayat amin ya rabb.. “
” Walaupun Bachelorette ni bukan budaya kita. Tapi bila terdapat pengisian begini, why not? Ya. Majlis ingat-mengingatkan akan tujuan kehidupan ini.. “
” Alhamdulillah… terbaik sgt Amira. Xyah membalas kecaman haters, x perlu claim dirinya mahal, she answers it with her own classy & naturally demure style.. “
” Kita tengok kawan2 dia pun taw dia nmpk mahal.. semua nya nmpk +v vibes.. beautiful with brain.. dia mahal dengan gaya dia sendiri.. she have her own class, masha Allah.. “
” Tgk laa siapa kawan2 sekeliling dia.. aku sbgai perempuan mmg jeles sgt dgn amira.. hehehe.. Allah dh janji kan.. dlm Al Quran pon dh tertulis.. surah AnNur ayat 26 ; wanita yg baik utk lelaki yg baik. begitu la sebaliknya.. semoga yg baik2 saja utk Amira Othman.. “
” Kitaa nangis sekali.. mashaAllah seronoknyaa berpeluang bersama dengan circle macamni.. mcm2 episod utk wanita yg bernama amiraaothman terlalu ramai yg syg. smg fattahaminz menjaga wanita yg beradab lembut hati innshaAllah mudah dibentuk utk jd isteri solehah agar bersama hingga ke jannah yg menjadi impian setiap hamba Allaah .. Allahumma aamiin.. “
Alhamdulillah Amira ada circle yang sangat indah dan ramai yang menyayanginya sebagai seorang sahabat. Episod ini akan bersiaran dalam siri Setulus Takdir : Fattah Amira di aplikasi Unifi TV 2.0 dan ianya boleh ditonton secara percuma. Semoga majlis pernikahan Amira dan Fattah pada hari Ahad nanti berjalan dengan lancar, Aamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Unifi, IG Fattah Amin, IG Amira Othman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 hours ago Artis / Selebriti4 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
